Tuesday, April 2, 2013

rasa itu milik DIA

Jari yang sejak tadi begitu rancak di atas papan kekunci komputer itu terhenti bersama helaan nafas yang lega. Mana tak lega bila assignment yang perlu dihantar esok sudah berjaya disiapkan. Alhamdulillah, ucapku di dalam hati. Kepala diurut-urut sambil memerhati roommate memerangkap sahabat baikku sejak 17 tahun lalu yang sedang asyik menatap skrin laptopnya. Namun aku tersedar tatapan mata itu luar biasa, tidak seperti selalu, bagai ada sendu di mata itu.

"Am, apa yang ditenung bagai nak tembus skrin tu", sengaja aku ingin menarik perhatiannya.

Senyap.Langsung tidak bergerak.

"Izzah Amani! I'm talking to you, dear"

"Eh, gapo dio?"

Haa keluar sudah trademark sahabatku yang seorang ni bila terkejut. Gapo dio, gapo dio, bajet orang kelantan ke apa.Padahal berdarah Selangor sejati tu. Ni mesti sebab selalu berYM dengan Nik ni.Nik merupakan sahabat aku dan Am ketika di awal pengajian di Universiti Teknologi Selangor ini.Tapi belum pun tamat semester pertama dia telah berhijrah ke Jepun setelah mendapat tawaran ke sana.Walau jarak memisahkan kami berbatu jauhnya, ukhuwah yang terbina masih juga kukuh terjalin.

"Aku tanya tadi, kenapa yang ditenung skrin tu bagai nak tembus,lapar lagi ke mek? Tak apa aku boleh sedekah maggi. Pergilah korek dalam loker tu"

Perut mek ni bukan boleh kira, tengah malam suka sangat merengek mintak makanan. Nak kata tak makan petang, memang taklah kan kalau nasi membumbung gaya dua orang makan.Hailaaa.Badan sikit punya kecik .Hairan bin ajaib. Berapa kali aku perah otak meyakinkan diri sendiri yang sangat musykil dia ni ada bela benda-benda ke apa.Hasilnya dapatlah sedebik dua bersama perang bantal bila soalan tu aku utarakan kat dia.

"Aku tak laparlah, Peah"

Perghh.Nama sedap sedap dipanggil Peah.Sungguh tak patut.

"Habis tu aku tengok kau ni bagai cacing kepanasan, mengapakah?"

Diam.Tak ada jawapan.

"Weh, dah tak ada kerja ke jadi stalker pulak ni", jeritku betul-betul di tepi cuping telinganya bila aku tengok dia seperti berada dalam dunianya sendiri. Sebab dia diam tak berkutik tadi aku pun mengendap lah kat belakang dia, nak tengok apalah yang ditatap penuh kesayuan tu.Rupa-rupanya!Jeng jeng jeng!Skodeng orang jauh.Bertuah punya budak.

"Kau ni yang nak test vokal kat tepi telinga aku, kenapakah? Haishh ..hati gua sudah luka lu mau koyakkan lagi ka"

Ada juga suara si Am ni. Dengan tangan tergawang-gawang dah macam Karam Singh Walia dah aku tengok. Kalau duduk sebelah-sebelah orang pun boleh konpius adik beradik ke apa. Cuma gaya tangan jelah ye, yang lain berbeda sama sekali.

"Eleh luka la, koyak la, dasar minah bunga. Hati penuh taman rimba. Ni aku nak tanya yang sayu je muka tu kenapa? Apakah yang telah membuatkan tuan puteri terluka, ceritakan lah pada dayang yang manis ini,pasti akan ditolong seupayanya." Haa hambek datang gila aku.

"Aku serious ni, Fatin Khadijah Aliya."

Alamak.Nama panjang sudah. Serious tahap dewa ni.

"Yelah aku serious dah ni. Kenapa kau ni, cuba story mory sikit dengan aku". Aura sahabat penyayang lagi setia dah keluar.

"Hmm...."

"Am"

"Sebenarnya, aku tak sengaja punlah nak tengok fb dia. Hati aku kata jangan, tapi tangan ni haa derhaka pada tuan.Laju je tekan"

"Ouh.Then..." tanyaku serious sambil berusaha menyimpan senyum.Dalam hati dah menggeletek dah ni.Comel je sahabat seorang ni.

"Then...aku terbaca lah status-status dia,komen-komen dia"

"Ouh. Then..."

"Then...dua biji mata aku ni nampak ramai wanita,gadis,perempuan yang dok komen-komen tu"

"Ouhhhhhhhh". Baru dapat tangkap kelukaan yang melanda si sahabat. Ada bau-bau cemburu la pulak.

"Kau tak cakap then pon..."

"Ouh.Lupa lupa..okey.Then...". Punya eksaited dah dapat clue.hehe.

"Then...aku rasa macam tersentap lah sikit.Sikit ke?Bolehlah sikit. Jealous.Yes itulah yang aku rasa sebenarnya." Perlahan Am berkata sambil memandang ke arahku dengan mata yang berkaca.

Alahai. Bab hati ni aku fail lah woi. Memanglah aku bakal menjadi kaunselor tapi aku bukan dari bahagian Marriage and Family.Eh cop.Kes Am ni kategori marriage ke family? Macam dua-dua bukan je. Tapi tak apa, sahabat yang baik mana mungkin sanggup meninggalkan sahabatnya dalam kesusahan,kan.Aku cuba jelah ye Am, moga hati yang terluka dapat dirawat,bukan makin koyak.

"Am, memang betul cemburu tu tanda sayang. Dan aku tahu perasaan kau dekat dia.Aku sangat tahu, Am. Tapi kau kena ingat, cemburu tu perlu diletak pada tempatnya.Sama juga macam sayang kau tu.Segala rasa yang sedang kau rasa ni semua pinjaman, Am.Sekelip mata DIA boleh tarik balik. Jadi kau kena berpada-pada.Guna akal yang dipandu iman untuk mengawal perasaan-perasaan tu. Bukan ikut nafsu yang driver nya syaitan tu. Itu beza orang beriman dengan orang yang hanya menurut hawa nafsu." 

Aku tahu, Am telah terlalu lama memendam perasaan pada Khairil yang sedang berada di Mesir sejak 2 tahun lalu. Tempoh perkenalan yang terlalu singkat tidak menghalang keduanya menyulam rasa yang serupa. Namun, ada perkara penting yang perlu diutamakan. Kewajipan menuntut ilmu lebih memanggil dari menurut kata hati yang kadang tersalah perkiraan. Lalu mereka memutuskan, kasih itu biarlah Tuhan yang menentukan. Setia itu biar Tuhan saja yang menyelamatkan. Percaya itu biar Tuhan saja yang mengukuhkan.Janji itu biar Tuhan saja yang membantu untuk ditunaikan. Kerana manusia merancang dan Allah juga merancang.Dan DIAlah sebaik-baik perancang.

"Kau bercakap senang, Al"

Aku lihat air deras mengalir dipipinya. Ya Allah, aku tahu dia benar-benar terluka dengan keadaan ini.Am yang aku kenal tidak mudah tunduk pada perasaan.Kental hatinya.Berikan kekuatan padanya, Ya Allah. Kirimkan kesabaran padanya Ya Rabb.

"Am, berfikir secara rasional.Tolong.Tolonglah jangan ikut perasaan.Aku tahu yang memandang tak sama rasanya dengan yang memikul,yang menghadapi, tapi sekurang-kurangnya aku sentiasa berada di samping kau selama ni, aku yang menjadi saksi saat kau tekad untuk berusaha belajar mengabaikan hal-hal perasaan ni.Apa matlamat kau dulu?Dah lupa?Bukan ke kau nak jadikan seluruh kehidupan kau hanya untuk DIA,cari redha DIA.Tapi kenapa bila kau berdepan dengan situasi ni,kau rasa lemah,Am? Siapa yang kau ingin capai sekarang ni,Am? Dia atau Pencipta kita?Cinta atau Pencipta cinta??"

Tangisan Am semakin kuat kedengaran.Aku sudah beralih ke sebelah dia. Menepuk-nepuk belakang badannya cuba untuk menenangkan dirinya. Dan aku terus menyambung kata.

"Am, kalau difikir secara rasionalnya, apa hak kita untuk merasa cemburu pada yang nyata bukan hak kita.Dia bukan sesiapa pada kau,Am.Aku tahu cemburu tu hadir kerana adanya sayang.Tapi rasa itu bukan tiket untuk kau mengikat dia agar tetap setia hanya pada kau seorang.Hati manusia ni berbolak balik, bila-bila masa saja boleh berubah.Sepatutnya dalam keadaan begini kau mohon pada DIA,mohon DIA jagakan hati kau dan dia.Seandainya takdir menyatakan jodoh itu ada antara kalian berdua,moga ditetapkan hati dalam penantian menuju detik halal itu."

"Aku tahu, Al.Aku faham apa yang kau cuba sampaikan.Betul kata kau rasa ni memang boleh dikawal.Cuma semuanya terpulang pada kita.Samada mengikatnya dengan iman atau membebaskannya dengan nafsu."

"Dan rugilah mereka yang membebaskannya dengan nafsu," sambungku dengan senyuman lebar sambil mengesat sisa air mata di pipinya. Am pantas mengangguk mendengar kataku.

"Cuma...aku rasa tak sedap hati bila dia nampak melayan perempuan-perempuan tu.Kau tahukan hati seorang perempuan.Mudah disentuh bila diberi harapan.Mudah tercuit walaupun pada pandangan seorang lelaki itu perkara biasa.Tak mendatangkan apa-apa."

"Hmm...yang ni aku nak cakap sikit.Tapi kau kena berlapang dadalah dengar ni"

"Hish buat aku berdebar je lah.Apa dia,Al."

"Sebenarnya dah lama aku nak tegur kau, so alang-alang kau dah buka topik ni,aku nyelitlah barang seminit dua.Aku nak tegur pergaulan kau dengan lelaki.Aku tahu realitinya kau seorang yang susah didekati lelaki dan aku suka cara kau tu.Baru gaya seorang wanita bermaruah.Cumanya dekat Fb aku tengok rancak pulak kau ber'huha' dengan diorang. Nampak kepelikan disitu. Kenapa perlu ada split personaliti.Di alam realiti kau lain, di alam maya pulak lain."

"Ouhhhhhhhhhhhhh.Pasal tu.Aku pun perasan jugak.Lagi perasan bila dah terasa dengan seorang kakak usrah ni.Pedas gila status dia gaya macam nak tuju khas untuk aku je.Tapi takpe ada hikmahnya, see aku dah unfriend tau dengan semua jejaka tu.Sekarang Fb aku suci lagi murni.Available untuk muslimat sahaja. Kau je yang tak tahu.Siapa suruh tutup Fb,kan dah tak tahu perkembangan sahabat baikmu ini."

"Really?Alhamdulillah.Akhirnya sahabat aku menemui jalan pulang.Adoiii..."

Berbisa sungguh ketam mek ni.

"Tapi apa kaitan tu dengan hal Khairil ni?"

"Yelah, kita kalau nak cari jodoh yang baik, diri kita kena jadi baik dulu.Jangan sibuk cari kesalahan orang,salah sendiri tak nampak.Ooppsss rasa terlebih pulak letak cili.Pedas sangat ye,Am?"

Dan kami pun tergelak sambil buat aksi permulaan perang bantal.

Hatiku lega melihat tawanya berbunga semula.Senyumnya manis bergula.Selagi Allah mengizinkan aku akan sentiasa disisimu sahabat. Saling beriringan saat suka,saling menyembuhkan saat duka.

Dan kalian di luar sana, mengertilah tentang rasa.Segala rasa itu hanya pinjaman dari DIA.Lalu kita yang merasai harus berpada-pada dan berwaspada.Lakukanlah selayaknya seperti seorang yang dianugerahkan sesuatu.Adakah sesuatu itu yang lebih kau sayangi atau si Pemberi sesuatu itu yang kau cintai? Adakah sesuatu itu yang lebih kau utamakan, atau si Pemberi sesuatu itu yang akan kau lebihkan? Buat pertimbangan dengan akal warasmu, bukan dengan nafsu yang melulu.

kerana rasa itu milik DIA
dan akan kekal selamanya punya DIA~

3.32AM
2 April 2013
________________________________________________________

Alhamdulillah.first time menulis ala-ala cerpen hanya dalam satu malam. tak tahu apa rasa, yang penting iktibar ada.insyaAllah.sedikit realiti campur fantasi ala-ala dongeng versi cik anim =)