Sunday, January 27, 2013

liku sebuah persahabatan


credit to google



sahabat,
sungguh sayang itu sentiasa milikmu
tapi aku hanya insan biasa
yang lahir bersama sekeping hati
kadang mampu terluka bila ditoreh
mampu juga terhiris bila dirobek
bila percaya dibalas khianat
bila tulus dibalas iri
didepan senyum meleret
dibelakang ditujah dengan belati fitnah
lalu aku mengumpul soalan bersama sendu
bernilaikah persahabatan ini di matamu
bila terlihat segalanya keindahan yang palsu

sahabat,
kerana aku insan biasa
sayang ini sukar untuk dikikis
kenangan itu sering menujah minda
rindu itu selalu berlabuh
dan aku sendiri
mengutip serpihan memori
yang ku harap akan kembali dan berulang lagi

sahabat,
aku ingin mengingatkan
mungkin saja kau terlupa
ikhlas dan jujur lah kunci persahabatan yang luhur
bukan disulami dengan kepura-puraan
jangan pernah punya dua muka
kerana itu tidak sejahtera untuk persahabatan kita

sahabat,
aku ingin berpesan
andai mahu mencari sempurna
nyata bukan akulah orangnya
kerana aku punya banyak cela
yang kadang terselindung di balik deria
hari ini mungkin kau bisa memejam mata
menerima segalanya
namun esok tak menjanjikan yang sama

kerana itu sahabat,
andai mahu bersahabat
terima baik buruknya
cantik hodohnya
pandai kurang cerdiknya
dengan ikhlas memenuhi jiwa
biar satu detik ukhuwah kita terduga
kita tidak goyah mempertahankannya
tidak lelah membelanya
kerana ikhlas itu penguatnya

doa aku sahabat,
andai ukhuwah ini tulus ertinya
biar DIA yang mengembalikan sinarnya
kerana aku sudah terlalu mengah
menahan dari derasnya arus keegoaan
tapi nyata aku hanya bersendirian
walau sejujurnya aku ingin kita seperti dulu
saat indah melatari waktu
tapi aku gentar andai ketawa kita bersama
tapi bersendirian saat tangis dan duka

rindu aku sahabat
kekal seperti dulu
sayang aku sahabat
masih tetap disitu.
wallahua'lam~

No comments: