assalamualaikum. dan selamat pagi buta. yelah dah pukul 1 lebih kann.
hari ni aku tak ada kerja. jadi haruslah tercongok depan laptop tak bangun bangun.ok itu tipu. bukak fb sambil layan video MrTheAllshared (MTAS). Korang pernah tengok tak video dorang? Apa???? Tidak pernah??? Ouh tak mengapa masih ada masa lagi untuk tekan utube dan taip MrTheAllshared.Mereka sangat gempak okess. Walaupun masih muda belia tapi idea dorang memang meletopp. Ahh cakap banyak pon tak guna korang tengok dan nilailah sendiri. Dan yang paling aku suka, ukhuwah sesama dorang. Memang osemm bak angg.
okeh dah habis part intro ni masuk isi pulak. aku rasa kena mintak bayaran lah kat MTAS sebab part intro aku dah terpromote dorang pulak.eheh.
okess sebenarnya nk citer, selama beberapa jam duduk menatap fb tadi aku terpanggil nak buat satu entry berkaitan tentang jengjengjenggg......tahu tak seram pon.
aku tengok banyak awekssssss (sebab banyak kan jd s pun mesti kasi lebih) yang menghapdate foto-foto cun melecun mereka. lalu keluarlah komen2 yang pelbagai rupa dari kawan kawan mereka. haruslah komen pujian kan dah fotonya cun sekalik. tapi yang tak tahannya si suami kemain jugak puji memuji. lalu aku mengalihkan kembali biji mata ke arah gambar. ehemmm senang cakap tidak menutup aurat dengan sempurnalah.
tapi kepelikan singgah di hati bila si suami join sekaki memuji.owh barangkali bangga melihat betapa banyaknya like yang diperoleh si isteri dan betapa ramainya jejaka yang memuji tapi sayang hanya dia yang berhak memiliki.wahh gituu.
dan aku terus meneruskan pengembaraan di fb, lalu ternampak banyak fenomena seperti diatas yang terjadi. waduhh gawat sekali. orang yang sepatutnya melindungi tapi hanya berdiam diri malah turut memberi galakan peribadi.
sahabat sahabat maya yang aku kasihi. walaupun kita tidak pernah bersua muka tapi kerana aku tahu kita bersaudara, dan sayangkan saudara seakidah ini lalu aku larikan jari di atas keyboard untuk menaip seperenggan dua buat renungan kita semua.ecewahh.
suami.tunang.(boiperen tak termasuk ye).mereka kata mereka sayang. tapi kenapa mereka diam saat diri kita dalam bahaya. ya! diri kita dalam bahaya ketika berani memaparkan gambar yang tidak cukup syarat di khalayak ramai. contohnya tidak sempurna menutup aurat. adakah kita sedar dosa itu akan mengalir selagi ia tidak didelete dan selagi manusia tak berhenti menatap. nauzubillah. moga bukan kita. moga bukan mereka.
jadi merekalah yang sepatutnya menjaga dan melindungi kita, bukan hanya diam sahaja.malah yang lebih teruk menyokong pula.
jika anda yang membaca seorang lelaki tak kira suami,tunang,atau masih bujang silalah menjadi lelaki yang bertanggungjawab. sayang itu dengan menjaga bukan hanya memejam mata. dan segala perasaan yang Allah kurniakan itu merupakan tanggungjawab. Tanggungjawab kita si penerima untuk menjaganya. Jadi bertanggungjawablah dengan rasa.
Buat sahabat sejantina, gunakan akal untuk menilai bukan nafsu yang selalu menipu. Tanda dia menyayangi kita, dia akan berusaha menjaga kita bukan sekadar membiarkan sahaja. Menjaga disini bukan bermaksud bagi pakai minum je tapi jugak maruah kita, jaga kita dari pandangan ajnabi dan lain-lain. Jangan cepat terjatuh dengan kata-kata, tapi jatuhlah dengan sikap yang menjaga. Jatuh tergolek golek pun tak apa. Dengan izin DIA =)
jadi lepas ni boleh cek balik diri masing masing.pasangan masing masing. muhasabah diri. kalau ada yang tak betul sama-sama buat pembetulan.hei ingat time korang salah matematik darjah dua je ke kena buat pembetulan.
okess setakat sini sahaja jemari aku larat menari atas keyboard ni. moga sampailah point yang ingin aku sampaikan. apa yang baik ameklah tak kena bayar pon, yang tak baik tinggalkan je yep.
moga Allah redha kita semua =)
12 comments:
Amboi. -.-' kemain panjang. tasneem suka, isi nya padat, tasneem suka ayat ni. "walaupun kita tidak pernah bersua muka tapi kerana aku tahu kita bersaudara, dan sayangkan saudara seakidah ini lalu aku larikan jari di atas keyboard untuk menaip seperenggan dua buat renungan kita semua.ecewahh." hehehe terima kasih ingat kan tasneem dan semua. ^^
@tasneem
alamakk panjang sangat ye.hehe biasalah kalau jari dah start menari memang tak sedar diri.eheh
papepon jazakillah khair sudi membaca entry yang entah pape ni.moga ada iktibar untuk kita semua:)
salam perkenalan tasneem. *sambil salam laga laga bahu, cium cium pipi :D
ada yg tak boleh blah tu diupload gambar bercaption "maaf saya tak berapa comel" dgn harapan ada yg mengomen "awk comel la" *muntah hijau :D
Singgah bace entry :) well, ye, bnyk yg cmtu.. :) tp, maaf yea, jgn terlalu cpt menghukum..mereka mungkin tidak sedar, ataupun kurg didikan agama etc..Islam di Malaysia ini sendiri tidak kukuh..lihatlah pada para pemimpinnya..kemudian rkyt pula mcm mana..lihat sekeliling..mm mereka mungkin betul syg, tinggal lagi, takde kesedaran agama..moga mereka mendapat petunjukNya, dan dijumpakan dgn org2 yg mampu membimbing mereka, aamiinn. :)
@Qeela Aini
erkk alamak gaya macam menghukum ea entry ni.maaf tak berniat begitu. cuma nak membuka mata mereka yang bergelar lelaki, dan ingat mengingati sesama kita kaum wanita:)
setuju dengan cik qeela, mungkin ada antara mereka yang kurang didikan agama . jadi kita doakan sama2 moga dipertemukan dengan org yang mampu membimbing mereka dan mereka juga berusaha untuk mengubah diri sendiri. berusaha berdamping dengan orang baik lagi soleh.usaha itu makna mencari bukan menanti^^
Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan diri mereka sendiri yang mengubahnya, kan :)
thankz sudi baca entry. salam perkenalan cik qeela :D
@fadh leyanie
haha.nasib tak ada yang komen "dah tahu tak berapa comel,kenapa letak jugak" :P
salam perkenalan cik fadh :D
he3..suka btol bca =) ayat mmg sntai, wlwpn pnjg jd xbosan..btol 2..sng kata kenalh ada tggjwb..bnyk dh sy dgr crita pgjran psal ni..last2 smpai cri hacker utk del gmbar bagai..nauzubillah..sma2 ambil iktibar..
erkk panjang ke?ada lagi nak sambung sebenarnye :D
betul sebelum nasi menjadi bubur ada baiknya tanak nasi mengikut sukatan yg betul :P
salam ukhuwah, salam kenal dan salam ramadhan dari bunda..
salam perkenalan juga bunda.selamat menyambut ramadan almubarak =)
Kalau dia sayang . dia takkan benarkan isteri upload pic yg tak tutup aurat tu .Tapi zaman sekarang kan . Makin x tutup , makin hot .
kalau sayanglah kann.kalau tak pejam mata jelah .ishk3
Post a Comment