terbangunnya di pagi hari
ketakutan jelas menyelubungi
kebimbangan nyata menemani
kekalutan untuk menghadapi
sebuah kehilangan yang mungkin terjadi
lalu akalku mencerna
fikiranku berprasangka
adakah mungkin kehilangan bakal menjelma
dalam suasana damai sebelum takdir berbicara
dan serentak itu hati terpalu
bergetar cuba mengungkap sendu
yang dari mula datang bertamu
hingga meresap segenap kalbu
kerana kuasa bukan ditangan aku
kerana takdir tidak berpihak padaku
tersembam kuat memohon merayu
penghujung cerita bukanlah begitu
biar seantero dunia mengecam
aku akan bertahan dan berdiam
kerana luka itu hanya aku yang rasa
sakit dan pedih itu aku yang punya
demi melihat bahagiamu
aku taruhkan setiap titis air mataku
mohon jangan bicara tentang kecewa
mohon jangan berdendang soal terima
kerana keduanya tiada jawapan
dari hati yang kau hancur lumatkan
mengenang sendu di wajah itu
teringat pipi yang basah lencun itu
lalu seikhlas hati aku mengaku
maaf ini tidak layak untukmu.
berdoalah pada Tuhan
moga ingatan peristiwa kelam itu dipadamkan
saat itu pohonlah kembali kemaafan
mungkin ada yang bisa menghulurkan
Tuhan,
telah kucuba sedaya melupakan
namun tetap melekat di ingatan
trauma yang tiada siapa menyedari
kerana hanya aku yang merasai
harapku Tuhan...
moga maaf itu ditemani ikhlas
kerana tak terganggung lagi beban
rayuan dendam yang minta berbalas
*seandainya aku mampu
sudah lama dibasuh luka itu
No comments:
Post a Comment