terlalu banyak yang mahu dikata
terlalu banyak yang hendak ditanya
namun bila ingin bersuara
pantas si malu menghentikan segala
mengawal pelbagai rasa
yang mengamuk hendak diutara
tak terungkap namun tetap ku mengharap
satu ketika lena dalam lelap
yang dulunya kelam makin gemerlap
bila sudah merungkai yang sekian lama terperap
wahai rasa
berdiamlah disitu
belum masanya kau bebas mengaku
tadahkan saja tanganmu
mohon pada DIA yang Maha Mengetahui sesuatu
moga yang diimpi akan berlaku
dan untuk sementara itu
coretkan bahasa itu dengan tintamu
biar dia menjadi saksi
bahasa yang tak terungkap di kalbu