Sunday, February 24, 2013

sesak

sesaknya waktu sering ditemani sang keluhan
jarang sekali ungkapan syukur menjadi peneman
sesaknya ruang sering dibalas dengan rungutan
tersangat jarang kalimah syukur dilafazkan
kerana itulah manusia
kerana begitu sifatnya kita
bersyukur hanya pada saat lapang
namun kufur saat sempit bertandang
mengejar DIA hanya tika memerlukan
melupakan DIA saat semua dalam genggaman

sedarkah kita sesak itu juga nikmat
terselit hikmah disebalik ujian
kerana dugaan dengan kehidupan tak mampu kita pisahkan
lalu sabar dan redha  menemani perjalanan

jangan dibiar lidahmu basah dengan kalam Allah pada musim tertentu
pada keadaan yang bersyarat
pada masa darurat
pada malam yang terhormat
kerana kita manusia
kita juga insan biasa
yang dikenali dengan sang pelupa.

wallahua'lam~


Saturday, February 16, 2013

sakit pun nikmat kan?

Alhamdulillah masih diberi kekuatan mengetuk-ngetuk keyboard lagi.lama rasa tak jenguk coretan tinta.lama lagi tak mencoret disini.biasalah masuk masuk sem baru memang padat.masuk je kelas,dengan tak sempat lecturer nak perkenalkan namanya, sedebukk assignment dah dapat.presentation siap dah ada turn.biasalah kan.sangat biasa buat student education guidance and counseling di universiti aku ni hah.jangan mimpi lah hari first datang kelas boleh balik dengan riang rianya.mesti ada "buah tangan" lecturer bagi hew3.

minggu ni pulak minggu bertemankan paracetamol dan segala ubat dari klinik.kenyang jugaklah makan tu je minggu nih.sampai sekarang ubat habis sakit aku yang tak habis-habis.haipp merungut ke tuuu.eh takk aku tgh menaip lah.tak baik merungut,sakit tu nikmat kau tahu.kifarah dosa lagi,nampak sangat dosa kau kemain lagi sampai seminggu dah tak sembuh-sembuh.astaghfirullah.Allah sedang memberi teguran tu,tidakkah kau sedari?ehemm.

sebelum menaip entry ni,pergi singgah kat blog sorang akak ni.demam jugak.dah 3 hari.aku rasa memang musim demam lah sekarang.time pergi klinik hari tu,kemain lagi penuhnya sampai termangu-mangu aku keseorangan lantaran tiadanya kerusi yang kosong hatta sebuah pun.cewahh.mengapakah macam mengarang cerita hikayat pulak ni.aduss.

tapi Alhamdulillah,Allah mudahkan lagi percepatkan urusan aku ketemu sama itu doktor.aku masuk penuh keluar pun penuh.ramai benar yang dapat nikmat sakitkan.Alhamdulillah.jadi ingin aku berpesan pada diri ini yang sering lupa khususnya dan para pembaca amnya...belajarlah bersabar menghadapi ujian dan nikmat sakit ni.betul. ada satu tahap kita rasa tak mampu nak hadapi.rasa lembik sangat kalau ditiup angin pasti jatuh dari tingkat atas ke bawah.yelah takkan dari bawah ke atas kan.haa begitulah hiperbolanya aku punya perumpamaan(lah sangat) betapa tak bermayanya kita ketika itu.tapi cepat kita ingat dan sedar, Allah tak akan sesekali membebani hambaNya dengan bebanan yang tak mampu dia pikul.jadi sebab Allah tahu kita mampu pikullah sakit itu milik kita.haa ada paham? bagusss.

jangan sesekali mengeluh,merungut,membebel.eh time sakit larat ke membebel.sebab Allah itu sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar. bahkan telah tersedia balasan khas buat mereka yang bersabar.

"dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersabar" (AnNahl:96)

jadi ayuhlah kita mengambil ibrah dari kesakitan.setiap sesuatu yang datang bukanlah hanya sia-sia tapi punya hikmah disebaliknya.ada sebab yang perlu kita renungi.sambil-sambil terbaring atas katil tu ada baiknya kita muhasabah diri.dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang hidup ni.dari merungut menyalahkan entah sesiapa.ada baiknya menangis meratap dosa dari menangis meratap sakit yang hanya Allah kirimkan sekejap kalau nak dibandingkan dengan nikmat yang telah dipinjamkan kepada kita selama ini.

"Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya!Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,dan jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amatlah keras" (Ibrahim:7)

Bersabar dan bersyukur yuk! =)



Sunday, February 3, 2013

saat kembali ilmu dicari



credit to google


andai masa dapat dihentikan.heh.kalau berhenti tahun bila pulak kau nak habis degree ni.tak kan selamanya nak bertapa di universiti itu kann.

akhirnya esok aku akan kembali ke medan perang.yelah medan berperang dengan kemalasan dan seangkatan dengannya.time nak study tak sah kalau kemalasan datang nak berlawan. dan adat berperang kadang ada masa kita menang ada masa kita kalah.ahaaa ada faham bahasa kiasan (lah sangat) aku ni.

dan akhirnya buat kesekian kalinya selama nak masuk dekat 5 semester ni aku pulang sendirian.sobsobsob.kakngah dah habis study tunggu nak konvo je aku jelah yang menyambung lagi kembara menuntut ilmu ni.chayokk anim!moga semester ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya *sambil tangan digenggam dijulang ke angkasa.ok itu over!

ehemm.tetibe nervous pula.rasa macam dah lama sangat tak jejak kelas ni.tak bersua dengan lec.tak berdiri depan kelas buat presentation.ouh presentation memang musuh ketat aku.mampu melonggarkan segala sendi.heh.

walau apapun alasan kau anim,aku berharap semester kali ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan aminn.*yang tgh baca tu tolong aminkan sekali yep.terima kasih.

selamat maju jaya juga buat awak,kamu,dia,mereka dan kalian semua :)

"kejayaan itu dicipta oleh orang biasa yang berusaha dengan luar biasa"

salam mujahadah readers~



Friday, February 1, 2013

getar yang sama




semalam,
hari ini,
dan saat pertama kali
getar itu masih sama
tetap serupa
langsung tiada beza
walau bukan dizahirkan
walau bukan dalam perlakuan
getaran itu masih aku rasakan
dan moga selamanya dipinjamkan
kerana getar itu
getaran yang mendamaikan
seiring melodi yang menenangkan