credit to google
andai masa dapat dihentikan.heh.kalau berhenti tahun bila pulak kau nak habis degree ni.tak kan selamanya nak bertapa di universiti itu kann.
akhirnya esok aku akan kembali ke medan perang.yelah medan berperang dengan kemalasan dan seangkatan dengannya.time nak study tak sah kalau kemalasan datang nak berlawan. dan adat berperang kadang ada masa kita menang ada masa kita kalah.ahaaa ada faham bahasa kiasan (lah sangat) aku ni.
dan akhirnya buat kesekian kalinya selama nak masuk dekat 5 semester ni aku pulang sendirian.sobsobsob.kakngah dah habis study tunggu nak konvo je aku jelah yang menyambung lagi kembara menuntut ilmu ni.chayokk anim!moga semester ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya *sambil tangan digenggam dijulang ke angkasa.ok itu over!
ehemm.tetibe nervous pula.rasa macam dah lama sangat tak jejak kelas ni.tak bersua dengan lec.tak berdiri depan kelas buat presentation.ouh presentation memang musuh ketat aku.mampu melonggarkan segala sendi.heh.
walau apapun alasan kau anim,aku berharap semester kali ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan aminn.*yang tgh baca tu tolong aminkan sekali yep.terima kasih.
selamat maju jaya juga buat awak,kamu,dia,mereka dan kalian semua :)
"kejayaan itu dicipta oleh orang biasa yang berusaha dengan luar biasa"
salam mujahadah readers~
No comments:
Post a Comment