ada masa larian pena terhenti berlari
sedang akal gigih menyusun kata
ada ketika lidah berat menutur bicara
sedang suara meronta mahu lepas dari terpenjara
kaku dan kelu
itu yang selalu melanda aku
bila keduanya bertamu
segalanya tersekat di kerongkongan
semuanya beku di hujung perjalanan
perjalanan memuntahkan rasa
perjalanan mencoret tinta
perjalanan melarikan pena
lalu yang terkurung terusan terkurung
tiada dapat lepas bebas
yang berdiam terusan terdiam
tiada mampu melontar kata
inilah dilema
dilema seorang pencinta tinta
Umi sering bertanya, "kaklang dah tak mengarang ke?", "ada cerita baru ke?"
Oh Umi. ini jawapanku... ada masanya...kaku dan kelu.
Thursday, May 30, 2013
Tuesday, May 28, 2013
exam punya aura
Tak ada idea nak tulis apa sebenarnya. Tapi sebab dah tak larat nak menghadap buku, melepak lah disini barang seminit dua. Seminit dua???ye lah sangat. Seminit dua kau kalau basuh baju boleh sampai siap sidai dah. mujur tak sampai boleh dilipat. nampak tak betapa tak ada ideanya aku sampai merepek sebegini rupa.
Exam ni pelik. aku selalu rasa nak habis cepat walaupun tak bersedia. ehh musykil, exam yang pelik ke aku yang pelik? Kadang tu tak study langsung pun lagi. Tapi dah terbayang-bayang tarik beg, keluar bilik, turun tangga, masuk kereta, pecut balik rumah. Ehh tau tau dah peluk salam umi, babah, balong, kakngah, uda, kakak, adik. Panggg! haa sedar pon kau. Tak payah nak bayang sangat kalau paper baru lepas satu. Lah ada lagi empat rupa-rupanya. Japp. Kenapa tak dihimpunkan semua paper dalam satu hari? *soalan dari orang tak sedar diri. bajet rajin padahal pemalas ya rabbi. Kalau betul-betul lah terjadi sungguh ada yang meroyan stress tahap dewa punya.
sudahlah cik anim. ada baiknya kau mengundur diri. Sedar-sedarlah diri tu esok nak exam. Jangan buat gaya orang exam minggu depan. kepada semua sahabat yang nak berjuang esok, di atas kerusi di depan meja *ucapan ni tak valid untuk yang exam dengan bersila mahupun bersimpuh ,, goodluck diucapkan! Moga diberi kemudahan untuk menjawab dengan cemerlang gemilang terbilang. Kalau kenal sebelah meja mohon lah dihulur apa yang patut...
...pembaris ke kot tercicir tengah jalan, liquid ke kot tertinggal kat bilik, pen ke kot terhabis dakwat saat getir.kannn. apahal kau pandang pelik?? mesti fikir lain kan? suudzon betul. tak baik meniru. dapat A++ pun kalau tak ada keberkatan tak guna. berdiri di atas kaki sendiri, tak payah nak sibuk menumpang di kaki orang. bak kata ustaz aku, tak perlu nak apply konsep brotherhood time exam.keh3.like 1000x ustak.
harapan aku, esok tak ditakdirkan bersebelahan dengan makhluk yang boleh mengganggu konsentrasi menjawab aku. duduk paling hujung tu heaven!
moga Allah permudahkan kita semua. katalah ameen :)
Friday, May 24, 2013
tabahnya hati itu
Pagi ini aku dikejutkan dengan satu mesej ringkas dari seorang sahabat "innalillah,ayah siti*bukan nama sebenar telah meninggal dunia pagi ini...."
Allah!terus bulat biji mata aku yang pada mulanya begitu berat untuk diangkat. Sesungguhnya mesej itu menyentap kalbu. Terus ingatan ku berpusat pada Siti. Seorang Siti. Ya Allah dugaanMu tak mengira waktu tapi dugaanMu hanya menimpa orang yang mampu. Aku yakin itu.
Di saat teman-teman lain bertungkus lumus menyelak nota, membelek buku, dugaan itu datang bertamu. Aku sangat terkesima. Termangu-mangu beberapa ketika di atas katil sebelum bertindak menghubungi sahabat yang telah menyampaikan berita untuk mendapatkan kepastian. ya!memang dia.benar ayah dia yang telah kembali ke rahmatullah. lalu aku terus menyebarkan berita pada teman-teman yang mengenali dia.
tidak sampai beberapa minit, aku terima banyak balasan dan salah satunya berbunyi..."tadi mimi jumpa dia kat depan gate, dia tengah menangis teresak-esak tunggu kak ipar ambil dia..."
Ya Allah, serasa ingin ku terbang ke seremban detik itu juga. Menenangkan hatinya sekiranya aku mampu. Siti yang selama hampir lima tahun ku kenali seorang yang cool.sangat cool, ceria dan tak pernah lagi aku melihat dia menitiskan air mata. Setelah menerima perkhabaran itu aku terus memikirkan bagaimana keadaan dia menghadapi sebuah kehilangan di saat-saat genting peperiksaan.
Benarlah. Ujian Allah hadiahkan pada yang mampu menanggungnya. Ketika aku dan teman yang lain seramai tujuh orang menziarahi dia, dia menyambut kami dengan senyuman. Senyuman biasa yang dia lemparkan. Senyuman 'cool'. Aku berbisik sendiri penuh kagum. Betapa cepat dia pandai mengawal diri. Mengawal emosi agar tidak terus tenggelam dalam lautan duka. Betapa dia pantas memujuk hati meredhai takdir yang telah tertulis. Subhanallah. UjianMu benar-benar tidak tersalah memilih insan untuk memikulnya.
Namun, aku turut merasa sebak, melihat dia ketawa dan ceria melayan kami, aku tahu dalam hatinya tidak seperti luaran. Aku tahu hatinya sarat dengan kesedihan. Kesan sembap menangis jelas di wajahnya. Dan raut duka itu begitu jelas saat menceritakan detik-detik pemergian ayahnya. Aku sangkakan dia akan menangis sambil bercerita, tapi subhanallah, dia begitu tabah mengawal rasa. Terus bercerita seperti tiada apa. Sahabat, ketabahanmu sungguh luar biasa. Jiwamu sangat kental menerima takdirnya. Dia bercerita dia menangis sebelum sempat emaknya memberitahu pemergian ayahnya ketika menelefon seawal pagi. Dia seperti sudah dapat mengagak ayahnya telah tiada.
Dan sebelum kami beredar sempat lagi dia bergurau, "kak anim datang lambat sangatlah, tak sempat nak tengok drama" sambil gelak dia menyalamiku.
"haa??drama apa?" soalku bersama blurnya.
"drama air mata"
T__T
rasa ingin ku selami hatinya mencari di celah mana dia menyembunyikan rasa sedih itu sehingga mampu bertenang setenang itu. Ya Allah aku mohon hadiahkan ganjaran sebesar-besarnya kepada sahabatku dan seisi keluarganya kerana tabah dan sabar menghadapi dugaanMu. Limpahkan kesabaran dan ketabahan berlipat kali ganda kepada mereka.
Rasulullah saw bersabda:
"Sungguh ajaib keadaan orang yang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia besyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya"
-Hadis Riwayat Muslim-
dan aku cuba meletakkan diri ditempatnya. seandainya aku yang terpilih menggalas ujian itu, mampukah aku???
dan saat insan lain diduga sebegini hebat, tapi masih mampu bertenang dan redha, mengapa aku yang hanya diuji sedikit terlalu cepat mengalah dan merintih. Ya Allah pinjamkan aku ketabahan seperti hati itu. hati yang sangat luar biasa itu.
alFatihah buat arwah. moga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Moga rohnya dicucuri rahmat.Ameen ya Rabb.
*melalui perjalanan yang panjang hari ini. dari siang bawa ke malam tapi tetap merasa puas dapat menatap wajahmu, sahabat. Alhamdulillah, dengan izinNya. moga diberi kemudahan menjawab exam sabtu ni, sahabat.
Tuesday, May 21, 2013
pahit payau rasa ini
terbangunnya di pagi hari
ketakutan jelas menyelubungi
kebimbangan nyata menemani
kekalutan untuk menghadapi
sebuah kehilangan yang mungkin terjadi
lalu akalku mencerna
fikiranku berprasangka
adakah mungkin kehilangan bakal menjelma
dalam suasana damai sebelum takdir berbicara
dan serentak itu hati terpalu
bergetar cuba mengungkap sendu
yang dari mula datang bertamu
hingga meresap segenap kalbu
kerana kuasa bukan ditangan aku
kerana takdir tidak berpihak padaku
tersembam kuat memohon merayu
penghujung cerita bukanlah begitu
biar seantero dunia mengecam
aku akan bertahan dan berdiam
kerana luka itu hanya aku yang rasa
sakit dan pedih itu aku yang punya
demi melihat bahagiamu
aku taruhkan setiap titis air mataku
mohon jangan bicara tentang kecewa
mohon jangan berdendang soal terima
kerana keduanya tiada jawapan
dari hati yang kau hancur lumatkan
mengenang sendu di wajah itu
teringat pipi yang basah lencun itu
lalu seikhlas hati aku mengaku
maaf ini tidak layak untukmu.
berdoalah pada Tuhan
moga ingatan peristiwa kelam itu dipadamkan
saat itu pohonlah kembali kemaafan
mungkin ada yang bisa menghulurkan
Tuhan,
telah kucuba sedaya melupakan
namun tetap melekat di ingatan
trauma yang tiada siapa menyedari
kerana hanya aku yang merasai
harapku Tuhan...
moga maaf itu ditemani ikhlas
kerana tak terganggung lagi beban
rayuan dendam yang minta berbalas
*seandainya aku mampu
sudah lama dibasuh luka itu
ketakutan jelas menyelubungi
kebimbangan nyata menemani
kekalutan untuk menghadapi
sebuah kehilangan yang mungkin terjadi
lalu akalku mencerna
fikiranku berprasangka
adakah mungkin kehilangan bakal menjelma
dalam suasana damai sebelum takdir berbicara
dan serentak itu hati terpalu
bergetar cuba mengungkap sendu
yang dari mula datang bertamu
hingga meresap segenap kalbu
kerana kuasa bukan ditangan aku
kerana takdir tidak berpihak padaku
tersembam kuat memohon merayu
penghujung cerita bukanlah begitu
biar seantero dunia mengecam
aku akan bertahan dan berdiam
kerana luka itu hanya aku yang rasa
sakit dan pedih itu aku yang punya
demi melihat bahagiamu
aku taruhkan setiap titis air mataku
mohon jangan bicara tentang kecewa
mohon jangan berdendang soal terima
kerana keduanya tiada jawapan
dari hati yang kau hancur lumatkan
mengenang sendu di wajah itu
teringat pipi yang basah lencun itu
lalu seikhlas hati aku mengaku
maaf ini tidak layak untukmu.
berdoalah pada Tuhan
moga ingatan peristiwa kelam itu dipadamkan
saat itu pohonlah kembali kemaafan
mungkin ada yang bisa menghulurkan
Tuhan,
telah kucuba sedaya melupakan
namun tetap melekat di ingatan
trauma yang tiada siapa menyedari
kerana hanya aku yang merasai
harapku Tuhan...
moga maaf itu ditemani ikhlas
kerana tak terganggung lagi beban
rayuan dendam yang minta berbalas
*seandainya aku mampu
sudah lama dibasuh luka itu
Wednesday, May 15, 2013
tak hilang dihanyut masa, tak luput di telan zaman
esok 16 mei.
SELAMAT HARI GURU buat yang bergelar guru, cikgu, tice, ustaz, ustazah, muallim, muallimah, dan seangkatan dengannya.
kepada yang pernah, sedang mengajar aku, sesungguhnya jasamu akan kukenang.akan ku usung budi kalian seumur hidup ini.terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.terima kasih kerana sudi membagi waktu.terima kasih kerana sudi bersabar saat aku buntu.terima kasih untuk segalanya.tak tersenarai andai mahu dinukil satu persatu. hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. moga hidup sentiasa dalam rahmatNya selalu.doa itu akan selalu mengiringimu guru.pasti mengiringimu.tidak akan lekang dari sujudku.
dan teristimewa buat guru terhormat dalam hidupku.yang paling banyak menabur jasa padaku.yang paling dekat dengan diriku.yang paling terawal mendidik aku.sungguh segalanya tidak ternilai andai dihitung satu persatu.terima kasih kerana banyak bersabar dengan kerenahku.terima kasih kerana bertahan saat degilku mencabar sabarmu.terima kasih kerana tidak pernah lelah menuntun langkahku.tidak pernah penat memimpin tanganku.tidak pernah letih menunjukkan hala tuju.moga kebaikan yang banyak tersedia untukmu.moga rahmat Allah memayungi hidupmu selalu.moga redhaNya mengiringi hidupmu dan redhamu mengiringi hidupku, umi dan babah.
kerana bagiku
kalian guru terhebat
guru yang sentiasa mendapat tempat
dalam hatiku juga kalungan doa setiap saat
tanpa kalian aku bukanlah aku
tanpa izinMu aku hanyalah aku
rahmati setiap degupan jantung mereka
redhai setiap helaan nafas mereka ,ya Rabb
jazakumullahu khairan kathiran
jazakumullahu khairan kathiran
wallahua'lam
Monday, May 13, 2013
Saturday, May 11, 2013
dia tak tahu
dia tak tahu
tawanya bahagiaku
dia tak tahu
senyumnya tenangku
dia tak tahu
tangisnya dukaku
dia tak tahu
sakitnya tenatku
dia tak tahu
rajuknya rungsingku
dia tak tahu
diamnya resahku
dia tak tahu
terasanya betapa bersalahnya aku
dia memang tak tahu
entah bila akan tahu
mungkin juga takkan pernah tahu
dia begitu penting buatku
aku kira itu pun dia tak pernah tahu
tapi aku amat yakin akan sesuatu
Allah Maha Tahu
sahabatku~
sekali lagi?
sekali lagi??
sebenarnya sudah berkali-kali
kali yang tak terkira dengan jari
mahupun dengan lidi
letih sudah mencari
lelah sudah memikir
penat sudah mengulir
peluh sudah mengalir
namun tanda tanya masih disitu
tak bergerak walau seinci
menunggu jawapan datang bertamu
menyingkap rahsia apa pula kali ini
akankah tersingkap kali ini
atau masih seperti setiap kali
aku bagai pesalah digantung tak bertali
Friday, May 10, 2013
harga sebuah pengorbanan
Kau
Kau
di dalam hatiku
Kekal
dalam ingatan,
Kau
sebagai kasihku,
Kekal
sepanjang zaman,
Kira
kau dan aku suatu hari nanti akan bersatu...
Tersentak
Syakirin tatkala mendengar lagu nyanyian Spider itu,terhenti hayunan langkahnya
di tengah-tengah PKNS Shah Alam yang amat sesak dipenuhi umat manusia.
“Kenapa
Rin,tiba-tiba brek mengejut kat sini,kot ye pun cuba bagi signal dulu”,tegur
Fida kehairanan.Bertambah hairan bila melihat mendung yang bertamu di wajah
sahabat kesayangannya itu.
“Kau
ni kenapa,tiba-tiba berair je mata tu,masuk habuk ke,celah mana pula datang
habuk dalam bangunan ni,”Fida bertanya bila dia menangkap kaca-kaca di mata
Syakirin menunggu masa untuk pecah.
‘Fida,jom
kita duduk kejap,aku dah tak laratlah nak berjalan,”ajak Rin sambil terus
menonong meninggalkan Fida yang nyata terpinga-pinga.
Hahh..
biar betul makcik ni,baru masuk dah kata penat,baru jalan satu kedai kot,dia
kan ratu shopping,tak munasabah langsung...tak sihat ke apa dia ni.
******
“Rin,cuba
cerita kat aku,kenapa dengan kau ni,tadi masuk sini bukan main bercahaya lagi
muka kau nak beli blouse idaman tu,ni apa cerita ni?”Pantas Fida bertanya
sejurus selepas meletakkan punggungnya ke kerusi di medan selera itu.
“Aku
dah cakap dah,aku tak boleh lupakan dia Fida.Kau bayangkan,macam mana aku nak
buang segala ingatan aku tentang dia kalau kemana-mana aku pergi semuanya ada kaitan
dengan dia.Aku rasa macam bayang-bayang dia mengekori aku tiap masa,”luah Rin
penuh perasaan.
Fida
terdiam.Baru dia teringat lagu Spider yang bergema di dalam bangunan PKNS
sebentar tadi membawa seribu satu makna kepada sahabatnya itu.Sesungguhnya dia
tahu sedikit sebanyak lagu itu telah menggamit kenangan lalu antara Syakirin
dan Amar.
Amar
Hamidi.Pemuda yang mendapat tempat di hati Syakirin sejak lima tahun dulu.Insan
yang cuba sedaya upaya untuk Syakirin lupakan kerana mereka tahu hubungan
sebelum nikah tiada sebarang makna.Mereka sedar mereka telah dipertemukan pada
waktu yang salah.Waktu yang masih belum menghalalkan sebarang hubungan antara
mereka.
Lantaran
itu,kedua-duanya mengambil keputusan agar menoktahkan hubungan yang sedia
ada.Alhamdulillah,Fida bersyukur kerana mereka sama-sama telah di didik dengan
asuhan Islam yang sebenar.Dan kerana itu juga hati keduanya redha menerima
perpisahan itu.Walau pada mulanya amat sukar bagi Syakirin selepas menerima
sepucuk surat terakhir dari Amar.
Rin,saya
harap awak faham.Sepatutnya dari dulu lagi kita harus menamatkan hubungan
ini.Tapi saya tak kuat,saya tak kuat untuk mengucapkan kata perpisahan pada
awak.Alhamdulillah Allah telah membukakan hati saya untuk duduk bersama-sama
sahabat-sahabat yang soleh dan mereka lah yang telah banyak memberi dorongan
untuk saya berhadapan dengan semua ini.
Awak,kita
harus ingat syaitan sentiasa menyelesakan diri kita dengan maksiat yang
dilakukan.Sebenarnya benda itu salah tapi dia membuatkan kita rasa betul dan
tak rasa berdosa.Itulah yang kita alami sekarang kalau awak sedar,kita tahu
yang hubungan ini salah tapi kita tetap meneruskan kerana rasa ia tak memberi
mudarat dan tak berlebih-lebihan.Ustaz saya berpesan,kekuatan itu usah ditunggu
tapi perlu dicari.Dan saya amat setuju dengan kata-kata beliau.Andai saya
menunggu kekuatan untuk mengucapkan semua ini pada awak,saya sedar itu tak kan
pernah terjadi.
Rin,saya
amat memohon pengertian awak.Yakinlah andai benar sudah tertulis tulang rusuk
kiri awak itu milik saya, takdir pasti memihak pada kita.Saya mengimpikan
sebuah keluarga dalam biah yang solehah,dan saya harap saya dapat menunaikannya
bersama awak.Membina baitul muslim yang dituntut oleh agama.Tapi andai kita
terus begini,dan ditakdirkan jodoh kita bersama,saya takut pernikahan kita akan hilang keberkatannya.Kerana
jalan yang kita ambil untuk ke arah itu tak betul,Rin.
Rin,maafkan
saya atas segala yang terjadi antara kita.Jangan pernah salahkan takdir kerana
telah mempertemukan kita di saat yang tak mampu untuk kita harungi.Saya tak
pernah menyesal mengenali awak kerana itu adalah satu kenangan terindah dalam
hidup saya.
Rin,bersabarlah
menanti masa yang selayaknya untuk kita disatukan.Tapi andai dalam penantian
itu,awak berjumpa dengan insan yang lebih baik,soleh dan amat menyayangi awak
juga boleh menjaga awak sepanjang hayat,jangan ragu untuk menerimanya.Saya
pasti akan redha dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak.
Maaf
sekali lagi atas segalanya.Moga awak sentiasa kuat meniti hari-hari yang
mendatang. Moga pengorbanan kita ini tidak sia-sia.Yang namanya pengorbanan itu
sememangnya pahit tapi hasilnya pasti manis.Jaga diri,jaga iman Nur Syakirin
Muhammad Syahran.
Assalamualaikum.
Salam
dari kejauhan,
Amar
Hamidi.
******
“Rin,kau
kena banyak bersabar,ini semua dugaan untuk kau,percayalah pengorbanan kau ni
tak akan sia-sia.InsyaAllah satu masa nanti kebahagiaan pasti milik kau.Jangan paksa diri
untuk lupakan dia kalau kau tak boleh, cuma kawal fikiran kau supaya tak selalu
ingat kat dia.”
“Dah
hampir dua tahun, Rin.Aku yakin kau boleh.Percaya pada takdir .Allah lebih mengetahui
yang terbaik untuk kita.Sentiasa dekatkan diri kau pada Allah .Dalam masa yang
sama jangan terlalu berharap pada dia,aku takut kau mungkin akan kecewa.Tapi
gantungkan harapan pada Allah,kau tak kan pernah rasa kecewa.Be strong my
friend.Allah always with us,”bersungguh-sungguh Fida menyuntik kembali semangat
sahabatnya itu.
“Terima
kasih Fida,semua kata-kata kau tu benar,tapi kadang-kadang aku tak dapat kawal
diri bila ada perkara yang berkaitan
dengan Amar.Aku rasa sedih sebab aku tak kuat dalam mujahadah ni.Baru je aku
cuba nak hilangkan bayang dia,ada je yang halang.Kenapa ye Fida? “Berkerut dahi
comel itu menagih jawapan.
“Haah
aku tahu,jodoh korang kuat ni,ada aura gitu,”selamba Fida menjawab sambil
tersengih-sengih.
“Kau
ni kan,aku tengah serius ok,kau jangan lah nak membuaikan lagi perasaan aku,”Syakirin
sudah mula dengan loyar buruknya.
“Hahaha..keluar
dah senyuman maut dia tuh..dah-dah jangan layan lagi perasaan kau tuh,jom kita
mulakan pengembaraan mencari blouse idaman,”katanya sambil menarik tangan
Syakirin supaya beredar dari medan selera itu.
Syakirin
hanya tersenyum dalam hati melihat telatah temannya yang satu ini.Dia bersyukur
dikurniakan teman yang baik dan setia seperti Fida.Persahabatan mereka bukan
sehari dua tapi sejak dari bangku sekolah lagi.Segala suka duka dikongsi
bersama.Dan takdir telah mengeratkan lagi persahabatan mereka dengan menemukan
dua sahabat ini di universiti yang sama.Kini mereka sedang menyambung pengajian
di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Bahasa Arab.
******
Syakirin
merehatkan dirinya selepas pulang dari kuliah petang itu.Matanya melilau
memerhati ke segenap ruang dalam kamar kecilnya.Dan matanya terhenti pada satu
objek di atas meja study, frame biru yang bergambar ikan cantik menghiasi meja
itu selama beberapa tahun ini. Di atas frame itu tertulis serangkap lagu
nyanyian Spider.Hati Syakirin tersentuh tatkala matanya menangkap sebaris ayat
dikeliling frame tersebut. ‘You Mean Everything To Me’.Dan seraut wajah itu
terlakar kembali di layar fikirannya.
Walau
sudah dua tahun berlalu,Syakirin sukar melupakan segala-galanya.Dia pernah
berjanji kepada dirinya sendiri agar terus menanti.Dan dia juga berjanji akan
pasrah dan redha andai takdir tidak memihak kepada mereka.
“Am,Rin
redha andai satu hari nanti seorang antara kita harus berpaling dari janji yang
tak pernah terucap ini.Tapi Rin akan pastikan yang seorang itu bukan Rin.Rin
akan terus menanti sehingga Rin sendiri yang menyaksikan kebahagiaan Am..walau
dengan insan lain,”bisik hati kecilnya.
Tiba-tiba
Syakirin teringatkan emailnya yang sudah seminggu tidak dibuka.Entah mengapa
hatinya bagai ditarik-tarik agar membuka emailnya walau tubuhnya masih
memerlukan rehat.
Dengan
malas dia duduk di meja study lalu membuka laptop pink kesayangan.
Kenapa
tangan aku menggeletar ni..ada apa-apa petanda ke,tadi baru cakap dengan umi
dan abah,Rin berteka-teki sendirian.
“Eh
ada email baru,siapa pula rajin menghantar kat aku ni.”
Dengan
lafaz basmallah dia membuka inbox.Berdegup kencang jantungnya tidak berentak
bila melihat nama pengirim email tersebut.
“Amar!Kenapa
tiba-tiba dia bagi email kat aku,ya Allah asal aku rasa tak sedap hati ni.Sabar
Rin ,sabar.Tenang tenang,tak ada apa-apa ok,” Rin menenangkan dirinya
sendiri.Saat itu juga matanya laju
dilarikan pada email Amar tersebut.
Bismillah.
Moga
email saya ini jauh dari fitnah dan tidak mengganggu Rin di sana.
Moga
awak sentiasa dalam keadaan sihat,terpelihara dalam rahmat Allah.
Syakirin,
Sebenarnya
saya memang mempunyai tujuan menulis email ini tapi sebelum itu saya memohon
kemaafan andai perkara ini akan memberi kesan kepada awak.Maafkan saya ,Rin.
Syakirin,
Kita
hanya merancang tapi Allah yang menentukan dan Dialah sebaik-baik perancang.Yang
sebenarnya saya tak dapat meneruskan penantian ini.Saya dah bertemu dengan
insan yang solehah untuk saya.Kami bercadang untuk bernikah disini dalam masa
terdekat.Mungkin dia tak sesolehah awak tapi saya rasa cukuplah sekadar untuk
menyempurnakan hidup saya.
Syakirin,
Saya
tahu berita ini akan melukakan hati awak.Itupun kalau awak masih sendiri.Dah
dua tahun,mustahil awak masih mengharapkan saya,insan kerdil ini.Saya yakin
awak akan bertemu insan soleh yang layak untuk wanita sesolehah awak.
Akhirul
kalam,saya sentiasa doakan kebahagiaan awak.Rin,maafkan saya atas janji yang
tak tertunai.Saya tahu saya tak pernah berjanji dengan awak tapi dengan diri
saya sendiri.Janji untuk melamar awak satu masa nanti.Tapi takdir Allah
mengatasi segalanya.Maafkan saya.Saya harap awak juga tak lupa mendoakan
kebahagiaan saya.
Assalamualaikum
Mata
Syakirin masih lagi terpaku pada bait-bait kata di hadapannya.Akalnya seakan lambat untuk menafsirkan apa yang cuba
disampaikan oleh Amar.
Dan
semakin lama matanya dirasakan berair.Menunggu masa untuk menitis.
Sampai
hati Am.Luluh hatinya tatkala menyedari tujuan sebenar email yang
ditunggu-tunggu sejak dua tahun yang lalu membawa khabar yang tak dijangka.
Berita
yang baru diterima itu menambahkan kelesuan dirinya yang sejak tadi beraja.
“Ya
Allah kuatkan hatiku ini menghadapi dugaanMu.Aku sedang diuji,jangan biarkan emosi
menutup kewarasan akalku.Jauhkan aku dari kecewa dan putus asa dengan
rahmatMu.Sesungguhnya ku tahu hanya Engkau lah yang mengetahui segala yang
terbaik untuk hamba-hambaMu.Ku yakin, ada hikmah yang tersembunyi ya Allah.”
“Rinnn!
Time to dinner,cepatlah siap, perut aku dah bising bergendang ni”,terdengar
Fida memanggil di hadapan pintu biliknya.
“Rin
ooo Rin,kau tido laaa….”,terkaku Fida melihat wajah temannya yang lencun
dibanjiri air mata.
“Ya
Allah,Rin!Kenapa ni,kau sakit?”
“Fida…Amar…”,Syakirin
cuba menerangkan sambil tangannya di arah ke laptop di atas meja.
******
Masing-masing
menikus dihadapan nasi ayam yang langsung tidak mengujakan kedua sahabat ini.
“Rin,kau
ok? ” dalam serba salah Fida bertanya.
Syakirin
hanya mengangguk.
“Rin,kau…”
“Aku
ok Fida.Selagi Allah masih meminjamkan seorang sahabat seperti kau kepada aku
untuk berkongsi kesakitan ini,” tabah Syakirin menjawab.Sedaya mungkin dia cuba
menyembunyikan sendu untuk menyenangkan hati sahabatnya itu.Dia tahu Fida amat
bimbang keadaannya tika ini.
Fida
tersenyum senang mendengar jawapan Syakirin.Lantas dipeluknya tubuh kecil itu.
“Rin,kadang-kadang
kita kena meluahkan apa yang terbuku kat dalam ni,”katanya sambil tangannya
dibawa ke dada.
“Tak
berdosa Rin kalau kau nak menangis,sebab menangis ni pun ubat
keresahan,kegundahan,kesakitan.Aku lebih rela kau menangis atau bercakap dari
kau diam je macam ni.Jangan pendam,Rin.Nanti kau akan sakit seorang.”sayu Fida
memandang wajah temannya itu.
Syakirin
hanya tertunduk mendengar kata-kata sahabatnya itu.
“Rin
sayang, betul kata Am,kita hanya merancang tapi Allah lah yang
menentukan.Berlapang dadalah menerima takdir ni,insyaAllah pasti ada hikmah
disebalik semua ini.Tu kan moto hidup kau,yang kau selalu dok ulang-ulang kata
kat aku.So.sila praktikkan. Rin,,,ingat ayat as-Saff,,”Wahai orang-orang yang
beriman mengapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangat
dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan”
Syakirin
tersenyum memandang temannya.Inilah Fida.Kata-katanya berbisa menusuk ke kalbu
tapi mampu memberi kesedaran kepada si pendengar.
“Ye,Fida
sayang.Aku ingat.Cuma sekarang aku sedang belajar menjadi tabah.Belajar
menerima takdir.Aku perlukan waktu untuk semua ini.Aku teringat kata-kata kau
dulu supaya meletakkan pergantungan hanya pada Allah bukan pada kesetiaan seorang insan
yang nyata tak pasti agar aku tak kecewa andai takdir tak berpihak pada
kami.Dan sekarang aku merasa kebenaran dari kata-kata kau tu,”Rin cuba
bertenang berhadapan takdir ini.
“Rin,cinta
itu tak bermakna bersatu.Tiada sebarang jaminan yang percintaan itu mesti
dinoktahkan dengan pernikahan.Dan sebenarnya cinta itu bukan hanya memiliki
tapi memberi.Memberi kebahagiaan dengan cara berkorban melepaskan dirinya
bersama orang lain andai itu yang terbaik untuk dia.Cinta yang suci itu
membutuhkan pengorbanan,Rin.Itu yang membezakan antara cinta dan nafsu.
Doakanlah
kebahagiaan dia,” lembut Fida berkata-kata.Berharap dapat menenangkan hati yang
satu itu.
“Hmm,Fida,,kadang-kadang
kita ni selalu tertanya-tanyakan kenapa bukan dia jodoh kita,tapi pernah tak kita tanya diri sendiri,layakkah
kita untuk dia.Aku sedar Fida,Am terlalu baik untuk aku,dan dia berhak mendapat
yang setaraf dengan ketulusan hatinya.InsyaAllah aku boleh terima semua
ini,cuma untuk aku hapuskan segalanya tentang dia dalam masa terdekat ni,aku
tak mampu,” ucap Rin sambil menyapu sisa air mata di tubir matanya.
******
Dua
tahun kemudian.
“Umi
nak cakap sikit dengan Angah ni,”kata Umi sambil menarik Syakirin hampir
dengannya.
Dia
tahu anak perempuan sulungnya itu keletihan kerana baru pulang dari mengajar
kelas tambahan walaupun hari ini hari Ahad.Kerjanya sebagai seorang guru di
Sekolah Agama Menengah Jeram menuntut supaya mengerahkan sedikit tenaga
mendidik pelajar-pelajarnya agar cemerlang dalam akademik dan sahsiah.
“Apa
dia umi.Nampak macam suspen je,”Syakirin bergurau bila melihat wajah serius
uminya.
“Sebenarnya
tengahari tadi ada tetamu.Kawan lama abi.”
“Ohh,kawan
lama?Angah kenal tak?”
“Tak.Angah
tak sempat kenal dengan dorang sebab masa kami pindah Pahang Angah baby lagi.”
“Oh,orang
Pahang la ye, umi?”
“Aah,diorang
pun ada anak sebaya dengan Angah.Lelaki.”
“Hmm..haa
Angah tahu sebenarnya diorang tu datang nak merisik Angah kan umi,”Syakirin
selamba ingin mengusik uminya.
“Aah
Angah,pandai Angah teka.Bukan setakat merisik, masuk minang sekali.Agaknya
korang memang jodoh tak.”
“Haah!betul
ke ,umi jangan main-main tau benda-benda macam ni,”Syakirin kaget bila
usikannya nyata mengena diri sendiri.
“Laa
betullah apa pula main-main.Takkan diorang nak merisik Acik tu.Anak diorang
lelaki sayang oiii…”
“Errr..takpelah
umi,Angah masuk bilik dulu ye,pening kepala la,”terus moodnya mati ingin
berbual dengan uminya.
Puan
Aryani hanya memandang tak terkata tingkah anaknya yang tiba-tiba
itu.Haish..kalau macam ni lambat lagilah nak menimang cucu,usahkan cucu,
menantu pon tak nampak bayang ,rungutnya di dalam hati.
******
Perbualan
dengan ibunya sebentar tadi mengganggu fikirannya saat ini.Hatinya tiba-tiba
menjadi sayu.Dia dirisik orang.Alangkah indahnya andai orang itu adalah dia
yang dirinya cintai.Tapi mana mungkin.Syakirin teringat seseorang yang kini
sedang berbahagia bersama insan tersayang.
Walaupun
sudah bertahun berlalu,tapi hati masih tetap berdegil.Masih mahu nama itu terlakar
kemas di hatinya.Sungguh sukar melenyapkan kenangan semalam.Andai dia mampu
pasti sudah dilakukan sejak dulu lagi.Dan kerana itu hatinya tidak terbuka lagi
untuk mana-mana insan yang bergelar lelaki.Dia hanya ingin berserah pada
takdir.Takdir yang menamatkan biarlah takdir juga yang memulakan.
Sudah
lama dia tidak mendengar kabar berita dari Amar.Biarlah mungkin sekarang dia
sibuk melakar bahagia.Selepas mendapat email dari Amar dua tahun yang
lalu,Syakirin hanya berdiam diri.Dia langsung tidak membalas email Amar untuk
mendapatkan penjelasan.Baginya sebagai seorang wanita tidak perlulah dia merendah-rendahkan
maruahnya dengan merayu memohon penjelasan.Email tersebut padanya telah cukup
jelas memberitahu tempat dirinya di hati Amar telah diganti dengan insan lain.
******
“Angah,kami
semakin hari semakin tua,sebelum kami menutup mata teringin sangat nak menimang
cucu,”abah bersuara petang itu ketika di meja makan.
“Apa
abah cakap ni.Abah, mati tu tak kenal usia tau.Mana tahu esok-esok Angah yang
pergi dulu,”Syakirin cuba menenangkan hati sang ayah.
“Umi
dengan Abah kan dah ada Haikal.Tak cukup lagi ye.Hah suruh along dengan kaklong
ni kerja keras sikit,”Syakirin berkata sambil menjeling along di sebelahnya.
Ringan sahaja tangan Along mencubitnya.” Don’t
drop the subject ok. We discussing about you,Nur Syakirin,”terjengil biji mata
Along memandangku.
Hish
pakcik ni emosi terlebih pula petang-petang ni.Orang memain jela.
“Ok
cuba umi dengan Abah bagitahu,macam ada maksud tersirat je ni,”Syakirin cuba
berdiplomasi dengan orang tuanya.
“Ya
Allah,apa ke lembap adik Along sorang ni.Umi dengan Abah suruh Angah kahwin
la.Umur awak tu dah nak masuk 25 ye.Sila sedar diri,”Along pantas menjawab bagi
pihak kedua ibubapaku.
“Ya
Angah,Abah sebenarnya berharap Angah terima pinangan dari anak kawan Abah
tu.Mereka masih menunggu jawapan Angah,”Abah tepat memandangku.
Aduh
ni yang aku lemah ni,gumam Syakirin dalam hati.
“Abahhh..Angah
kan baru 25 tahun,bukan 30..apa masalahnya sekarang.Angah tak puas lagilah
berdikari.Nanti-nantilah ye,tapi bukan sekarang.Pleaseeee..,”sehabis mungkin
aku membuat muka 10sen.
“Angah,Abah
sayang sangat kat Angah.Kalau boleh sebelum Abah pergi,Abah dah lega sebab ada
orang yang boleh jaga Angah.Bukan senang nak lepaskan anak ayah sorang ni.Angah
lah satu-satunya anak perempuan yang abah ada.”
Aku
terkaku mendengar luahan hati abah.Terdetik perasaan bersalah kerana telah
membuatkan abah susah hati.Umi hanya memandang sejak tadi.Mungkin sudah penat
memujuk anak perempuannya ini.
“Angah
minta maaf abah,kalau Angah dah buat Abah dengan Umi susah hati.Bagi Angah masa
untuk fikir pasal ni.Ni melibatkan masa depan Angah kan,”Aku beralah akhirnya.
“Terima
kasih Angah,Umi tahu Angah anak yang baik,tak kan menghampakan harapan kami.Umi
yakin Angah tak kan menyesal kalau pilih dia.Bukan senang nak cari lelaki macam
dia zaman sekarang ni,Kami memang berkenan sangat dengan budaknya tu,dia pun
baru je balik dari luar Negara.Apa entah nama tempatnya,Umi lupa pula,” Umi
yang tadinya hanya diam bersuara.Mungkin excited lepas dengar persetujuan
dariku untuk memikirkan perihal pinangan itu.
******
“Aku
rasa itu yang terbaik untuk kau,Rin.Percayalah,pilihan mak ayah tak kan pernah
salah.Contoh terdekat kat depan mata kau ni,”Fida tersenyum-senyum sambil
memangku Alisya.
Syakirin
hanya mampu membuat muka.Ada benar juga kata sahabatnya itu.Fida bertemu jodoh
dengan Faizal atas pilihan keluarganya.Dan sekarang mereka sangat bahagia
lebih-lebih lagi dengan kehadiran Alisya yang comel ini.
“Kau
ni sukalah,aku tengah serius ni,aku keliru nak buat keputusan ni.Dah nak dekat
sebulan tau keluarga dia tunggu.Aku taklah kejam sangat nak biarkan dia terus
menanti tapi aku betul-betul tak ada jawapan sekarang.”
“Rin,banyakkan
istikharah,solat hajat,doa banyak-banyak agar diberi petunjuk.InsyaAllah kau
akan dapat jawapannya.Satu aku nak ingatkan kau,restu dari orang tua kita
sangat penting,cinta tu jatuh nombor dua.”
******
“Ya
Allah, aku mohon moga gerak hatiku ini tepat.Tetapkanlah hatiku Ya Allah.Ku
yakin ini semua telah Kau takdirkan untukku.Andai benar dia yang Engkau
catatkan menjadi imamku sepanjang hidup ini,aku redha.Bukakanlah seluas-luasnya
hatiku untuk menerima baik buruk dirinya,mencintai dirinya selayaknya seorang
suami.Lenyapkanlah segala kenangan silamku agar tidak menghantui hari-hari
mendatang.Hanya padaMu ku memohon Ya Rabbi.Perkenankanlah.Amin.”
Dinihari
itu aku pasrah dengan takdirnya.Sudah tiba masanya untukku membuka episod baru
kisah hidupku.Biarlah dia menjadi lipatan sejarah.Aku tak kan berpaling.Semoga
kau sentiasa bahagia, Amar Hamidi.
******
“Umi,Abah..Angah
terima..insyaAllah Angah dah sedia,”kataku yakin.
Hampir
menitis air mataku tatkala melihat kegembiraan yang terpancar di raut wajah tua
mereka.Ya Allah lancarkanlah segalanya.Andai ini dapat menggembirakan kedua
ibubapa ku yang banyak berkorban untukku,aku pasrah.
“Terima
kasih sayang,”Umi memelukku erat dengan cucuran air matanya.Sebaknya hatiku
rasa tak terbendung.
“Abah
nak telefon keluarga Encik Kamal kejap,”Aik Abah tak menyempat-nyempat.Siapa
yang sebenarnya nak kahwin ni.Aku hanya tersenyum melihat telatah Abah.
******
Hatiku
berdebar-debar tak keruan.Akhirnya hari ini tiba juga.Ya Allah tetapkan hatiku
ini.
Dia
yang hanya ringkas berbaju kurung satin merah jambu cair dengan solekan nipis
kelihatan anggun bersama tudung yang
ditempah khas.
“Menawannya
kau Rin hari ni,”Fida nyata terpegun melihat keayuan yang terserlah di wajah
temannya itu.
“Hari
ni je?Hari-hari lain?”,Syakirin sengaja mengusik meredakan rasa gemuruhnya.
“Yelah,cik
Syakirin hari-hari menawan.Eh,apasal tangan berpeluh ni.Cik adik nervous
ye.Sabar-sabar tak larinya cik abang tu,”Fida tersenyum-senyum.Sungguh dia
tumpang gembira dengan kisah temannya itu.Nyata takdir tidak sekejam itu.
“Kau
ni kenapa,tak membantu langsung.Aku bukan nervouslah,seram je.”
“Ha
ha ha..kau jangan risau lepas kau pandang wajah dia kegemuruhan kau tu akan
hilang.Percayalah kat aku.Haih..sejuk je mata memandang suami kau tu..eh bakal..hehe,”Fida
tak habis-habis mengusiknya.
“Gaya
cakap macam dah tengok dia je.Kan belum sampai lagi ke kau kenal dia.”
“Eh
taklah aku teka je..dah-dah jangan banyak bunyi.Duduk diam-diam nanti hilang
seri.”
Apa-apa
jelah si Fida ni.Pening aku tengok perangai dia hari ni.Excited betul.Aku ke
dia ni yang nak kahwin.Adehhh..asal jantung ni dah tak reti berdegup sekata.
“Angah,pengantin
lelaki dah sampai,jom keluar”.Tiba-tiba tersembul wajah umi di muka pintu.
Aku
duduk tidak jauh dari belakang suami ku dalam masa beberapa minit sahaja
lagi.Debaran kian hebat bila bayangan bakal suamiku di depan mata.Ya Allah
berikan yang terbaik untukku.
Aku
hanya menunduk sejak keluar dari bilik tadi.Tiada kuasa untuk mengangkat
muka.Fida di sebelah sudah tidak duduk diam.Tak habis memuji-muji kekacakan
bakal suamiku.Umi hanya memegang tanganku menyalurkan semangat.
“Aku
nikahkan kau Amar Hamidi Muhammad Kamal dengan Nur Syakirin Muhammad Syahran
dengan mas kahwinnya RM80 tunai.”
Terangkat
mukaku saat itu juga.Ya Allah adakah khayalanku semata-mata.Saat itu mataku bertembung dengan senyuman suamiku.Senyuman
yang sentiasa dalam ingatan.Dan aku rebah dipangkuan umi ketika itu juga.
******
“Takpe
umi,biar Amar je yang tunggu Rin bangun…”,Sayup-sayup ku dengar suara itu.Suara
yang ku fikir tak kan pernah lagi akan dapat kudengari.Selepas terdengar bunyi
pintu ditutup,aku lantas bangun dari baringanku dengan seribu satu persoalan
yang tak terjawab.
“Apa
semua ini,awak…tolong jelaskan pada saya,”suaraku berubah kendur bila menatap
wajah itu.
Ya
Allah aku rindukan wajah ini.Empat tahun ku menanti .Dan akhirnya…Aku seakan
tidak percaya dengan mainan takdir ini.
“Rin
dah sedar,Alhamdulillah..risau abang tadi,”Amar mengambil tempat
disebelahku.Cuba mencari tanganku.
Aku
cepat-cepat melarikan tanganku jauh darinya.”Rin nak kan penjelasan,”tegasku
tanpa memandang mukanya.
“Ok,tapi
Rin janji kena bertenang dulu.Abang tak nak Rin mendengar dengan emosi tapi
dengan ketenangan.Boleh?”
Melihat
aku yang tak bereaksi,Amar meneruskan kata-katanya.
“Sebelum
terlambat,abang nak mohon ampun sangat-sangat kat isteri abang yang cantik
ni.Abang tahu abang dah melukakan hati Rin dua tahun yang lalu.Bukan niat
abang,Rin.Yang sebenarnya abang turut menderita.Abang menangis bila tulis email
tu.Abang tak menulis email tu dengan hati yang ikhlas.Abang terpaksa buat macam
tu sebab tak nak Rin terus menunggu abang.
Abang
sedar,Rin boleh dapat yang lebih baik dari abang sebab Rin seorang wanita yang
baik.Abang rasa tak layak untuk Rin.Abang jauh dari Rin.Rasa takut kehilangan
Rin tu selalu datang.Tapi masa tu,abang belum sedia untuk mendirikan rumah
tangga.Abang rasa tempoh tu sangat lama.Abang terfikir kalau-kalau ada yang
melamar Rin,Rin tak kan terima sebab terikat dengan kisah kita.
Jadi
Abang buat keputusan untuk reka cerita yang abang dah nak kahwin.Abang anggap
lepas tu Rin boleh tentukan hala hidup Rin tanpa terikat dengan
siapa-siapa.Tapi rupa-rupanya abang tersilap perhitungan.Kita sama-sama
menderita.Fida dah ceritakan semuanya kat abang.Minggu lepas abang paksa juga
dia jumpa abang walaupun pada mulanya dia berkeras tak nak.Abang tahu dia marah
abang lukakan hati teman baik dia ni.Maafkan Abang,Rin.”
Air
mataku yang ditahan sejak tadi pecah juga mendengar cerita Amar, suamiku. Sayu
mengingati saat-saat betapa kecewanya aku menerima perkhabaran yang tak
dijangka darinya dulu.
“Abang
rasa bersyukur sangat akhirnya Allah memakbulkan doa Abang.Abang harap Rin pun
berperasaan yang sama,”katanya sambil memandangku tajam.
“Rin,cakaplah
walaupun sepatah.Abang nak tahu apa yang ada dalam hati Rin
sekarang,sayang.Atau sebenarnya perasaan kita dah tak sama…”
Tanpa
menunggu Amar menghabiskan kata-katanya,aku pantas memeluknya bersama esak
tangis yang tak tertahan.Hatiku tak habis-habis melafazkan kata syukur atas
kesudahan kisah kami ini.Sesungguhnya ini adalah harga sebuah pengorbanan yang
tak ternilai.
“Shhh..sayang
jangan macam ni,Rin buat Abang serba salah.Abang tahu abang dah banyak lukakan
hati Rin.Maafkan abang,sayang,”pujuknya sambil tangannya memegang
daguku.Memaksa agar wajahnya kupandang.
“Awak…saya
rindu,”hanya itu yang mampu terluah dari mulut comel itu.
Amar
memandang dengan senyuman yang meleret. “Awak? Rin panggil siapa ye?”sengaja
dia menggiat isterinya.
Syakirin
memukul manja dada suaminya lantas menyorokkan mukanya di dada kesayangannya
itu.
******
“Haa..dah
sedar dah pengantin kita.Boleh pula dia buat gimik pengsan tiba-tiba,”Mak Teh
mengusik ketika aku dan Amar muncul di tengah-tengah mereka.
“Entah
Angah,kot ye pun tak sabar nak kahwin bawak-bawak la bertenang, nervous
semacam,Along mula mengambil port menghentamku.
Aku
hanya mampu menjeling Amar disisi. Ni semua sebab Abang tau.,getusku dalam
hati.
Amar
hanya buat muka tak bersalah.
“Eh
ni abah cam pelik ni.Yang korang ni macam rapat semacam ni,kan tak pernah
kenal,tak kan baru berapa jam sesi suai kenal tadi dah serasi,”seloroh abah.
Semua
mata saudara-maraku memandang tepat ke arah kami.
“Yelah
Abah dengan Umi yang pilihkan,mestilah serasi,kan abang,”selamba aku mejawab.
Aku
dan Amar tergelak melihat wajah masing-masing yang tecengang-cengang
kehairanan.
“Hmm..sebenarnya
kami memang dah kenal sebelum ni.Nak dijadikan cerita terpisah masa sambung
belajar dulu.Abah,Umi, saya memang berkenan dengan anak abah ngan umi ni.Tu
pasal bile ayah bagi gambar calon menantu dia lepas saya balik dari Jepun tu
saya terus setuju,”Amar berkata sambil memandangku dengan senyuman menawannya.
Para
penonton setia ‘jejak kasih’ yang memenuhi ruang tamu rumah ku masing-masing
terpaku dengan mulut ternganga berbentuk O.Lucu aku melihat keadaan mereka.
“Ouhh
patutlah pengantin perempuan tadi sampai pengsan,si jantung hati buat kejutan
rupanya,”petah Adli,sepupuku yang berusia 13 tahun itu menyampuk.
“Ya
Allah,macam tu kisahnya.Alhamdulillah ye bang,tak sia-sia pilihan kita,”umi
meraup tangannya ke muka.
Aku
beralih kepada Umi dan Abah yang duduk setentang dengan kami. “Umi,Abah..terima
kasih atas segalanya.Angah saaaayanggg sangat kat umi ngan Abah,”kataku sambil
mencium tangan keduanya.
“Agaknya
kaulah Amar penyebab Nur Syakirin ni tak nak kahwin-kahwin.Ingatkan memang nak
pegang status andartu.Rupa-rupanya tunggu orang Jepun,”
Gamat
ruang tamu dengan gelak tawa saudara maraku mendengar perlian Along.
“Along
ni…dah tau tu diam-diam jela,”malu-malu aku berkata seraya menyorok di belakang
suamiku.
“Dah-dah
tu Along.Bukan main lagi dia mengenakan orang ye.Kamu ni bila lagi nak bagi
cucu kedua kat Umi ngan Abah,”sengaja Abah mengenakan Along pula.
“Alaa
bah..Along dah penatla,tu suruh Angah lah pula,”selamba dia menuding jari ke
arahku.
Terjengil
biji mata kaklong ku mendengar kata-kata tak berperasaan Along.Tak malu betul!
“Aahla
Acik teringin nak anak buah perempuan pula.Bolehkan Angah?” Acik memandangku
dengan muka penuh harapan yang sengaja dibuat-buat.
Hah!..sabar
jelah dengan keluarga aku ni.Semuanya gene kuat mengusik ,turun dari Pak Cik
Syahadan lah ni.
Terasa
pinggang ku dipeluk dari tepi.”Boleh je Acik,InsyaAllah,doakan lah.Lagi cepat
lagi bagus.”
Kata-kata
suamiku disambut dengan sorakan yang memenuhi ruang tamu itu.
Aku
hanya mampu menahan malu dengan kata-kata berani matinya tadi.
“Abang
jomlah naik atas.Boleh pengsan sekali lagi Rin lama-lama kat sini,”bisikku
kepada Amar.
“Weet
weettt..ada orang tu dah tak sabar.Yes!cepatlah Acik dapat anak buah ni.”
Ya
Allah malunya aku.Macam manalah si
telinga capang ni boleh dengar.Huh..dasar telinga gajah.Aku buat tak dengar
dengan sorakan dan pekikan mereka yang dah macam kat stadium je gayanya lantas
terus menarik tangan suamiku untuk masuk ke bilik.
“Sayang
abang ni dah tak sabar ea,”Aku dipeluknya dari belakang sejurus selepas pintu
ditutup.Suaranya dekat kurasakan di tepi telingaku.
“Abang
janganlah,ni semua Abang punya pasal tau,Rin juga yang kena,”rungutku manja.
“Ouh
marah Abang lah ni..hmm sayang marah abang ye,”suaranya hampir tidak kedengaran
bila ku rasakan bibirnya merayap disegenap leherku.
Perlahan-lahan
aku dibawa ke katil.Keasyikan sentuhannya membuat aku lupa yang aku mungkin
akan menjadi bahan usikan lagi sebentar nanti.
“Sayang,terima
kasih kerana masih setia”, ucapnya sambil menyambung dengan sepotong doa
“Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlakh aku dari syaitan dan
jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau kurniakan kepada kami”
Ya
Allah moga kebahagiaan ini abadi milik kami.Andai ini harganya sebuah
pengorbanan ,aku sudah rasai manisnya kehidupan.
Biarkan dirinya pergi
Andai
satu hari dia kembali
Yakinlah
dia pasti milikmu
cubaan pertama yang diperam sekian lama.
Subscribe to:
Posts (Atom)