Wednesday, June 19, 2013

gagal juga nikmat, sedarkah kita??

tengah malam ini. ramailah sahabat sahabat se-uni aku meng-update status. semuanya berkisar tentang result exam yang baru keluar. dan hampir semua memanjatkan kesyukuran. Alhamdulillah. Hanya DIA yang layak diberi pujian. Setinggi-tinggi pujian.


dan beberapa ketika, satu mesej aku terima.
 "result sy =.="
hmm...aku bersimpati kerana aku pernah merasai. banyak kali.
lalu aku pantas membalas dengan memberikan sedikit kata-kata semangat.moga terubat hati yang sedang belajar menerima takdir. Allah sedang menguji dia. Dan dia terpilih menerima ujian itu. Bukankah Allah tidak akan pernah membebankan seseorang dengan bebanan yang tidak mampu ditanggungnya. pegang ayat itu. sematkan dalam ingatan. moga andai satu hari kita goyah, ia boleh menjadi penguatnya.
dan aku ingin bicara soal gagal. adakah kita sedar gagal juga merupakan salah satu cabang dari nikmatNya yang tak dapat dihitung??

kerana apa gagal juga dikatakan sebagai nikmatNya??

aku percaya setiap kita pernah merasai peritnya kegagalan walaupun sekali. kerana lahirnya kita bukan dikelilingi dengan bunga-bunga gembira sahaja. tapi juga turut disinggahi dengan ujian yang kadang mendatang. ujian itu pengukur iman dan taqwa insan, bukan? 

dan bilamana kita merasai peritnya sebuah kegagalan, sudah pasti kita berazam untuk tidak merasai lagi buat kali yang seterusnya. kerana yang pahit itu tiada siapa yang suka. yang pedih itu semua mahu menghindarinya.

jadi begitu juga perihalnya si gagal ini. dia tidak akan mampu duduk bergoyang kaki, atau termenung menganyam angan sementara insan di sekeliling sibuk mengejar jaya. dia pasti akan memulakan langkah baru yang penuh bersemangat sambil ditemani kesungguhan yang jitu agar duduk dia sama rendah dengan insan lain. berdiri juga sama tinggi dengan insan sekeliling. 

dan sudah pasti usahanya dilipatkali gandakan agar kejayaan yang diimpi berada dalam genggaman. ketahuilah, gagal membantu membuka jalan ke arah kejayaan. gagal bukan pintu besi yang ditutup untuk mencapai impian. gagal juga mendorong kita membuat anjakan paradigma dalam kehidupan. dan gagal turut menguatkan pergantungan kita pada ArRahman!

alangkah baiknya jika kesedaran ini yang kita punyai saat si gagal datang menjadi tetamu tak diundang. dan kesedaran ini mungkin tidak dinikmati oleh insan-insan yang berjaya. nah! disitulah hikmah disebalik kegagalan. gagal juga turut membawa nikmatnya yang tersendiri. hikmah yang perlu dicungkil bukan diterima tanpa terbuka hati.

mungkin saja bila kejayaan sering bertandang kita jadi lupa diri.
angkuh tanpa menyedari dari siapa kejayaan itu diperolehi
atau boleh jadi tiada masa untuk bermuhasabah diri

sungguh. segala sesuatu di atas muka bumi ini tidak dijadikan dengan sia-sia tapi penuh hikmah yang dirahsia, hanya mampu dicungkil oleh mereka yang telus meneroka.

pesan aku. buat diri ini khasnya dan kalian umumnya...
usah biar jatuh kita tak terbangun
sakit kita tak terawat
luka kita tak sembuh-sembuh

jatuh ke dalam lubang, ada jalan keluarnya
sakit yang dihidapi, ada penawarnya
luka yang berdarah, ada kapas pembersihnya.eheh.

namun segalanya, terpulang pada kita.samada mahu menyerah kalah, atau bangun kembali gagah.
wallahua'lam.

selamat maju jaya semua. moga kejayaan milik kita semua.ameen :)

_______________________________

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang tak henti mendoakan.yang menjadi pembakar semangat. buat umi dan babah, balong, kakngah, uda, kakak dan adik. juga awak. tak lupa para lecturer yang sgt baik hati, dan teman teman seperjuangan yang sanggup bersusah payah bersama sama. jazakumullahu khairan kathiran :)

#errr dah kenapa ucapan gaya macam dah final year ni.kehkehkeh. apa-apa pon jangan lupa say Alhamdulillah ;)




7 comments:

shazillahsani.com said...

gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..^^

Unknown said...

betul.setuju sangat dengan cik shaila :)

tapi kadang-kadang kita mengambil masa terlalu lama untuk bangkit kembali.so yuk muhasabah diri ^^

plat-n said...

belom sadar aku hehe

Unknown said...

sila silalah sedarkan diri ye @plat-n :)

Aida Ismail said...

Gagal itu ujian dari Allah. Supaya kita tak mudah putus asa. Redha dengan kegagalan kerana Allah akan beri lebih dari tu kalau kita kuatkan usaha.. :)

Unknown said...

benar tu @aida ismail...gagal itu ujian, ujian yang boleh bertukar menjadi nikmat bila kita mencungkil hikmah disebaliknya. Allah tidak menjadikan sesuatu sia sia, kan? ;)

cik natasya (: said...

Sabar la . Jangan putus asa . Mybe itu belum rezeki awk and Allah nak uji awk bersyukur , tabah , sabar ke tidak . In shaa Allah nanti ada la rezeki awak :)