Monday, July 15, 2013

tentang bahagia




aku ingin membuka hikayat
bertitah tentang makna bahagia
walau ku tahu kadang kita berbeza pendapat
tapi tetap aku ingin bersuara
terpulang mahu mengia
atau boleh saja menggeleng kepala

bahagia itu tidak bisa disentuh
oleh anggota pinjaman DIA
tidak bisa juga diukur
dengan pandangan terzahir yang terlayang di mata
kerana bahagia itu hanya dapat dirasa
pada jiwa-jiwa yang terbuka menerimanya
pada hati yang tulus menyambutnya
juga pada jasad yang sedia menghargainya

bahagia tidak punya harga
kerana jika ada
aku kira tiada siapa mampu membelinya
sungguh pemurahnya DIA
memberi dengan percuma
rasa yang tak terbanding emas permata

bahagia tidak ada pada agamnya sebuah rumah
tidak ada juga pada gahnya sebuah nama
juga tidak dijumpai pada timbunan harta nan mewah
tapi dia ada pada jiwa yang dipilih DIA

kadang air mata mengalir
tapi mengapa ada sinar terpancar
saat sendu beraja diwajahnya
nah. itulah air mata bahagia

kadang tawa kedengaran
tapi mengapa matanya sayu kelihatan
nah.ternyata bukan
yang terzahir tak sama seperti yang disembunyikan

lalu bahagia itu yang bagaimana
sukar sekali mahu menilai dengan pancaindera
namun bagiku mudah saja
bila si empunya merasa
dan turut menyebarkan kepada orang sekelilingnya

dan aku ingin bertanya
definisi bahagia dari kaca mata kamu, wahai pembaca
=)
               

Sunday, July 7, 2013

review: bukan hanya ada kita

Assalamualaikum. selamat malam semua. ouh ye pada sesape yang sudi nak melepak barang seminit dua  kat coretan tinta mohon solat dulu yep =D



aku tak pernah review novel kat sini walaupun novel kat rumah tu boleh dah dibuat mini library rasanya. sebab yang paling kukuh setakat ni aku boleh bagi haruslah kerana si malas dok berkepit je dengan diri ini.sampai berat nak menaip mengarang ayat.nampak si malas berjaya memainkan peranannya.

jadi buat julung kalinya aku nak buat review novel dan novel yang bertuah itu adalah taraaaaaaaaaaaa! baca tajuk kat gambar di  atas. ye! bukan hanya ada kita ditulis oleh nazurah aisyah. aku dah baca dua novel karangan nazurah aisyah ni. first lili buat najah. yang tu memang kalau sediakan sekotak tisu pon kompem habis.sedih tahap petala kelapan bak angg angg angg.tak pernah lagi aku baca novel sad ending. semua stok happy ending je kann.tapi lili buat najah memang mantopp.teringat lagi time nak beli novel tu, ada sorang hamba Allah ni tegur, "best tu dik,memang tangkap leleh lah citer dia", aku pon menoleh ke arah suara tersebut.erkk saudara rupanya,ingat saudari.punya khusyuk baca sinopsis tak perasan suara garau ke serak serak basah ke lemah lembut.eheh. haa nak dijadikan cerita lelaki pon layan novel dia. jadi aku nak nasihatkan pada sesape yang berura ura nak khatamkan lili buat najah, mohon jangan baca waktu malam yang esoknya ada kelas.haa tak pasal-pasal pegi kelas mata lebam ala-ala kena tumbuk. paling baik pon orang akan ingat kau tahajud semalam padahal marathon novel.chettt. eh apasal gaya macam ada pengalaman nih? ha ha.

alamak.macam mana boleh terpanjang perenggan atas ni.okeh2 nak start dah ni. BHAK ni pun cerita dia penuh emosi. aku rasa nazurah aisyah memang pandai bermain dengan emosi. alkisahnya pasal dua orang wanita seorang suami.haa boleh tangkap tak?kira cerita bermadu lah ni. tapi perkahwinan kedua Zafrin dengan Medina dirahsiakan dari semua orang kecuali sahabat sahabat di Oman . Aiza si isteri pertama pon tak tahu. Dan Zafrin telah mempunyai 2 orang cahaya mata dengan Aiza ni.

Alaaaa tetibe rasa panjang lagi perjalanan ni. Malas pulak nak menaip. Haa tengok tengok, si malas datang lagi.haihhh. Novel ni pada aku lain dari yang lain sebab penulis cuba bawak pembaca menjiwai watak-watak dalam hidup bermadu ni. ingat senang ke kawin sorok-sorok ni. kalau yang pertama ok lah kut tapi kalau dah yang kedua memang cari nahas lah.tunggang langgang juga hidup zafrin aku tengok. erkk tengok??? ok ok aku bayang.

lepas aku baca aku pas kat kawan kawan yang kaki novel jugak. then ada sorang tu tanya. rasa-rasa sape yang boleh dipersalahkan dalam citer ni? aku dengan semangat nye menjawab...tak ada sape yang bersalah, semua tu dah tertulis. kita tak boleh salahkan Zafrin yang terjatuh cinta dekat Medina time dia jauh dari keluarga dia kat Oman tu. sebab apa? sebab cinta tu kan anugerah. anugerah dari siapa? ya iyalah haruslah dari Allah, dong. dan kita juga tak boleh salahkan Medina yang terjatuh cinta kat suami orang sebab apa? sama jugaklah jawapannya macam tadi. 

jadi kesimpulannya, soal hati itu tiada siapa yang boleh merungkai, boleh meneka. semua nya dengan izin Allah. walau segigih mana kita menahan hati dari terjatuh pada seseorang, seandainya Allah izinkan ia berlaku, maka akan berlakulah. kun fayakun. dan kita sebagai seorang hamba janganlah mempertikaikan takdir yang dah tertulis. tiada siapa yang mampu memadamnya kecuali dengan izin DIA. Seandainya terjadi pujuklah hati agar redha menerima dengan hati terbuka dan carilah hikmah disebalik itu. Pasti ada =)

emm dah tak tahu nak tulis apa. tapi nasihat aku pada para pencinta novel tolonglah baca *merayu ni.haha.korang tak akan menyesal beli walaupun sanggup mengikat perut makan biskut kering hari hari demi memastikan novel ini di dalam tangan *over kannn.

amaran: ini bukan cerita biasa biasa. ini cerita sarat dengan emosi jadi mohon jangan baca di tempat yang sesak dengan orang mahupun bunyi bunyian.nanti feel tak mai mai. kalau dapat tempat kalis bunyi lagi syiok. takut korang tak dapat pulak menjiwai watak medina yang selalu rasa rendah diri kerana merasakan dirinya seorang perampas . juga watak Aiza yang sangat sukar menghadapi kenyataan suami dah berkahwin lain dan madunya adalah orang yang selalu mendengar luahan hatinya sejak dia mengesyaki suaminya mempunyai perempuan lain. haaa gituu. rasa nak taip satu novel pulak. eh itu tipu. 

oklah.ni betul betul nak mengundur diri ni. ada lagi novel-novel yang aku nak review.tapi nanti nanti lah. dia kena berperang dengan si malas dulu. kalau keluar entrynya maknanya aku menang.dan malas tewas.hoyeahhh. tengok tak berhenti lagi jari jemari ni. adehhh.

k.selamat membaca semua. buat nazurah aisyah, nah saya bg thumbs up! teruskan berkarya =)





Saturday, July 6, 2013

sayangkah mereka??

assalamualaikum. dan selamat pagi buta. yelah dah pukul 1 lebih kann.

hari ni aku tak ada kerja. jadi haruslah tercongok depan laptop tak bangun bangun.ok itu tipu. bukak fb sambil layan video MrTheAllshared (MTAS). Korang pernah tengok tak video dorang? Apa???? Tidak pernah??? Ouh tak mengapa masih ada masa lagi untuk tekan utube dan taip MrTheAllshared.Mereka sangat gempak okess. Walaupun masih muda belia tapi idea dorang memang meletopp. Ahh cakap banyak pon tak guna korang tengok dan nilailah sendiri. Dan yang paling aku suka, ukhuwah sesama dorang. Memang osemm bak angg. 

okeh dah habis part intro ni masuk isi pulak. aku rasa kena mintak bayaran lah kat MTAS sebab part intro aku dah terpromote dorang pulak.eheh.

okess sebenarnya nk citer, selama beberapa jam duduk menatap fb tadi aku terpanggil nak buat satu entry berkaitan tentang jengjengjenggg......tahu tak seram pon.

aku tengok banyak awekssssss (sebab banyak kan jd s pun mesti kasi lebih) yang menghapdate foto-foto cun melecun mereka. lalu keluarlah komen2 yang pelbagai rupa dari kawan kawan mereka. haruslah komen pujian kan dah fotonya cun sekalik. tapi yang tak tahannya si suami kemain jugak puji memuji. lalu aku mengalihkan kembali biji mata ke arah gambar. ehemmm senang cakap tidak menutup aurat dengan sempurnalah. 

tapi kepelikan singgah di hati bila si suami join sekaki memuji.owh barangkali bangga melihat betapa banyaknya like yang diperoleh si isteri dan betapa ramainya jejaka yang memuji tapi sayang hanya dia yang berhak memiliki.wahh gituu.

dan aku terus meneruskan pengembaraan di fb, lalu ternampak banyak fenomena seperti diatas yang terjadi. waduhh gawat sekali. orang yang sepatutnya melindungi tapi hanya berdiam diri malah turut memberi galakan peribadi. 

sahabat sahabat maya yang aku kasihi. walaupun kita tidak pernah bersua muka tapi kerana aku tahu kita bersaudara, dan sayangkan saudara seakidah ini lalu aku larikan jari di atas keyboard untuk menaip seperenggan dua buat renungan kita semua.ecewahh.

suami.tunang.(boiperen tak termasuk ye).mereka kata mereka sayang. tapi kenapa mereka diam saat diri kita dalam bahaya. ya! diri kita dalam bahaya ketika berani memaparkan gambar yang tidak cukup syarat di khalayak ramai. contohnya tidak sempurna menutup aurat. adakah kita sedar dosa itu akan mengalir selagi ia tidak didelete dan selagi manusia tak berhenti menatap. nauzubillah. moga bukan kita. moga bukan mereka.

jadi merekalah yang sepatutnya menjaga dan melindungi kita, bukan hanya diam sahaja.malah yang lebih teruk menyokong pula. 



jika anda yang membaca seorang lelaki tak kira suami,tunang,atau masih bujang silalah menjadi lelaki yang bertanggungjawab. sayang itu dengan menjaga bukan hanya memejam mata. dan segala perasaan yang Allah kurniakan itu merupakan tanggungjawab. Tanggungjawab kita si penerima untuk menjaganya. Jadi bertanggungjawablah dengan rasa.

Buat sahabat sejantina, gunakan akal untuk menilai bukan nafsu yang selalu menipu. Tanda dia menyayangi kita, dia akan berusaha menjaga kita bukan sekadar membiarkan sahaja. Menjaga disini bukan bermaksud bagi pakai minum je tapi jugak maruah kita, jaga kita dari pandangan ajnabi dan lain-lain. Jangan cepat terjatuh dengan kata-kata, tapi jatuhlah dengan sikap yang menjaga. Jatuh tergolek golek pun tak apa. Dengan izin DIA =)

jadi lepas ni boleh cek balik diri masing masing.pasangan masing masing. muhasabah diri. kalau ada yang tak betul sama-sama buat pembetulan.hei ingat time korang salah matematik darjah dua je ke kena buat pembetulan. 

okess setakat sini sahaja jemari aku larat menari atas keyboard ni. moga sampailah point yang ingin aku sampaikan. apa yang baik ameklah tak kena bayar pon, yang tak baik tinggalkan je yep. 

moga Allah redha kita semua =)


Thursday, July 4, 2013

ujian buat mereka, ibrah buat kita!



ini sunnah jalan pejuang

tak sunyi dari ujian mendatang
tak sepi dari dugaan bertandang
biar dirodok belati fitnah
biar dilempar lembing cacian
jiwa itu tetap teguh
malah semakin utuh
ajaibnya sabar dan tabahmu
tidak gentar walau leher dihunus pedang bisu
tidak gerun walau ditujah peluru tak bermata
kerana keyakinanmu pada DIA
melebihi dunia dan segala isinya

wahai mujahid yang kami kagumi
bertahanlah memegang panji
moga sabar menjadi temanmu sentiasa
moga tabah menjadi milikmu selamanya
biar mereka bergolek ketawa
berparti bersuka ria
kerana bila tiba masanya
semua itu akan lenyap sendirinya
esok pasti ada ruang untuk kebenaran memancarkan cahaya
dan saat itu kebatilan pasti terperosok menjunam bersama pengikutnya

dan untuk kita yang menjadi saksi
usah lelah meminta Ilahi
ujian datang pada yang mampu mengimbangi
antara agama, mental juga emosi

ujian itu buat mereka, tapi ibrah buat kita!

teruskan cakna keadaan mereka
kerana sesungguhnya kita bersaudara