Monday, July 15, 2013

tentang bahagia




aku ingin membuka hikayat
bertitah tentang makna bahagia
walau ku tahu kadang kita berbeza pendapat
tapi tetap aku ingin bersuara
terpulang mahu mengia
atau boleh saja menggeleng kepala

bahagia itu tidak bisa disentuh
oleh anggota pinjaman DIA
tidak bisa juga diukur
dengan pandangan terzahir yang terlayang di mata
kerana bahagia itu hanya dapat dirasa
pada jiwa-jiwa yang terbuka menerimanya
pada hati yang tulus menyambutnya
juga pada jasad yang sedia menghargainya

bahagia tidak punya harga
kerana jika ada
aku kira tiada siapa mampu membelinya
sungguh pemurahnya DIA
memberi dengan percuma
rasa yang tak terbanding emas permata

bahagia tidak ada pada agamnya sebuah rumah
tidak ada juga pada gahnya sebuah nama
juga tidak dijumpai pada timbunan harta nan mewah
tapi dia ada pada jiwa yang dipilih DIA

kadang air mata mengalir
tapi mengapa ada sinar terpancar
saat sendu beraja diwajahnya
nah. itulah air mata bahagia

kadang tawa kedengaran
tapi mengapa matanya sayu kelihatan
nah.ternyata bukan
yang terzahir tak sama seperti yang disembunyikan

lalu bahagia itu yang bagaimana
sukar sekali mahu menilai dengan pancaindera
namun bagiku mudah saja
bila si empunya merasa
dan turut menyebarkan kepada orang sekelilingnya

dan aku ingin bertanya
definisi bahagia dari kaca mata kamu, wahai pembaca
=)
               

2 comments:

Fais-SKA said...

bahagia bg sy slah 1 anugerah yg terbaik drp Allah utk hmbanya =) sbb xkira kita miskin @ kaya..kalau bhgia tu wujud utk kita, msti bhagia je sllu..boleh dikatakn bhagia tu buta, sma mcm cinta =) he3..

Tasneem said...

bukan senang kita nak kecapi kebahagiaan. kalau dah jumpa kebahagiaan, syukurlah pada Allah yang memberi. :')