Friday, March 22, 2013

apa itu ailurofobia?

hari ini sepatutnya aku turut berasa riang ria raya macam student yang lain.sebab dah nak mula cuti sem selama seminggu.malangnya keriangan itu tidak datang bertamu bila kecuakan yang memenuhi jiwa aku.bluekk sumpah geli taipan kau ni.

hari ni tepat pukul 10 pagi aku ada recording.perghh dah jadi artis rupanya cik anim.dalam diam kann.pangg!ketuk kepala sendiri.merepek tak habis-habis.sebenarnya aku ada recording for group counseling session.huwarghhh!nervous tahap tera ni!rasa nak melarikan diri sekarang juga.





ok poster di atas bertujuan untuk mencari client atau group members yang mempunyai ailurofobia.pekebenda tu? ailurofobia adalah term untuk mereka yang takut kepada kucing. jangan cakap tak pernah jumpa orang takut kucing. ada.memang ada.selalunya mereka dibayangi oleh pengalaman dulu dan ada keadaan yang pernah mereka lalui berkaitan dengan kucing.means they have their own bad experience with cat or cats. and the symptoms antaranya menggigil bila berhadapan dengan kucing, melarikan diri, jantung berdegup bagai nak terkeluar, menjerit,menangis dan sebagainya. paling teruk dengar kucing mengiau pun tak boleh.

haa secara brief nya itu lah ailurofobia. so kami, aku dan partner yang bertindak sebagai leader,(dalam group counseling, counselor boleh juga dipanggil leader) memerlukan 4 orang group members.sebenarnya kalau ramai lagi bagus,tp tak lebih dari 8 oranglah.kang susah pulak nak control.kau tu dah lah budak baru belajar ambil galah tolong jolokkan.

jadi tujuan kami conduct group counseling ni adalah untuk meng-explore members punya fobia terhadap kucing.apa sebenarnya yang mengganggu mereka untuk menyukai kucing yang umumnya diketahui sebagai binatang yang omeii angat.

dan sekarang aku dah rasa menggelabah plus cuak benar.moga-moga sesi itu berjalan dengan lancar.janganlah hendaknya aku terketawa di tengah-tengah sesi.selamat kena pelangkung dengan madam nanti.wuhuu!

lancarkan lidahku berkata-kata, ya Allah.moga mereka memahami apa yang ingin aku perkatakan.ameen.

*tak habis lagi jealous dengan para classmate yang datang ke kelas berlenggang kol 10 nanti tanpa nervous menemani.



Sunday, March 17, 2013

jaga subuh kita

sabtu lepas dalam kelas parenting.sedang ustaz semangat bercerita soal nikah,hidup suami isteri dan banyak lagi, datang seorang hamba Allah, tergesa-gesa masuk ke kelas.aku jeling jam kat tangan.makaihh!terbaikklah!awat tak mai pukul 10 je.kelas start kol 8, dia dengan selamba datang kol 9.hebatkann!kagum seminit.

ok tu sekadar mukaddimah.isinya baru nak mula nih.aku pun pandang ustaz tengok muka dia lain macam.ustaz aku foreigner.sangat baik, hati lembut.jadi mungkin tak sampai hati nak marah,then ustaz tegur jelah.kenapa lambat?subuh pukul berapa?dan jawapan hamba Allah tu memang jujur plus buat satu kelas terdiam. maka bermulalah topik baru dari nikah kepada solat subuh.

rasa macam dilempang laju-laju,terhenyak,digilis berkali-kali dan pelbagai rasa seangkatan dengannya.rasa macam tepat benar Allah menggerakkan kaki aku untuk hadir ke kelas pagi tu.kalau tidak nak bagi excuse letter je sebab plan nak join program anak yatim kat kuliyah aku.nampak tak betapa cantiknya perancangan Allah.menegur hambaNya dengan cara halus sekali.

dan antara kata-kata ustaz aku "jadikan subuh tu perkara utama dalam hari kamu,paling teratas dalam jadual harian kamu,mulakan hari kamu dengan solat subuh" dan banyak lagi dan ada je aku tak sempat tangkap sebab bahasa inggeris dia gaya macam aku tengah tengok national geographic yang tak ada subtitle punya.ternganga jugaklah nak paham.

dan lagi "bila si suami tak solat haram bagi mereka tidur bersama.begitu juga dengan si isteri.dan seandainya dia tetap ingkar tidak menunaikan solat ucapkanlah ma'assalamah(cerai)"

dan ustaz tu cakap lagi "haram bila kita dah tahu kita akan terlajak subuh tapi kita tidur jugak" haa paham tak?maksudnya gini, konon kau buat assignment sampai pukul 5, subuh masuk pukul 6, kau dah boleh agak dah  kalau tidur ni confirm terlajak ni,tapi kau tegarkan hati jugak untuk menurut nafsu tidurmu,jadi itu yang ustaz aku cakap haram dan apa-apa yang kita lakukan sehingga menyebabkan terlajaknya subuh kita perbuatan itu juga dikira haram.wallahua'lam.seriau dengar.aku tengah cari jugak sumber dari mana tu,mungkin ada hadis or kiasan pasal tu.sapa-sapa tahu mohon beritahu.

Rasulullah SAW bersabda: "Segerakanah solat subuh sebelum matahari terbit.sebab ketika itu para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya.ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari" (riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: "Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. seandainya mereka tahu apa makna didalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak" (Muttafaqun Alaih)

seram kan hadis diatas.moga kita tidak tergolong didalamnya.nauzubillah.sama-sama kita pelihara tiang agama ini.andai tiang pun sudah goyah sekukuh manakah bangunan yang akan terbina?

umat Muhammad itu harinya sentiasa ada perubahan ke arah yang lebih positif. hari ini lebih baik dari semalam.esok lebih baik dari hari ini. moga redha Allah sentiasa bersama kita.moga iman kita sentiasa dalam pola menaik dan seandainya menurun tidak menjunam sebaliknya berusaha menaik kembali.wallahua'lam.

jaga subuh kita.
jaga solat yang lain juga.