Thursday, July 4, 2013

ujian buat mereka, ibrah buat kita!



ini sunnah jalan pejuang

tak sunyi dari ujian mendatang
tak sepi dari dugaan bertandang
biar dirodok belati fitnah
biar dilempar lembing cacian
jiwa itu tetap teguh
malah semakin utuh
ajaibnya sabar dan tabahmu
tidak gentar walau leher dihunus pedang bisu
tidak gerun walau ditujah peluru tak bermata
kerana keyakinanmu pada DIA
melebihi dunia dan segala isinya

wahai mujahid yang kami kagumi
bertahanlah memegang panji
moga sabar menjadi temanmu sentiasa
moga tabah menjadi milikmu selamanya
biar mereka bergolek ketawa
berparti bersuka ria
kerana bila tiba masanya
semua itu akan lenyap sendirinya
esok pasti ada ruang untuk kebenaran memancarkan cahaya
dan saat itu kebatilan pasti terperosok menjunam bersama pengikutnya

dan untuk kita yang menjadi saksi
usah lelah meminta Ilahi
ujian datang pada yang mampu mengimbangi
antara agama, mental juga emosi

ujian itu buat mereka, tapi ibrah buat kita!

teruskan cakna keadaan mereka
kerana sesungguhnya kita bersaudara



15 comments:

Unknown said...

Semua berdoa utk keadilan mereka. Meskipun kita tak tau apa yg akan terjadi slps ni, yakinlah, Allah ada.

Unknown said...

benar.berdoalah kerana itu senjata yang kita ada!

yang haq pasti akan menang!

alyrds said...

Mana silapnya? wallahuallam... kite doakan rakyat disana kembali aman kelak.

shazillahsani.com said...

kesabaran dan doa adalah kunci utama..^^

cik natasya (: said...

yeaa . Ujian itu buat mereka . Kita hanya mampu berdoa :')

Unknown said...

@alyrds

yahudi akan sentiasa mencari jalan untuk porak perandaka Islam.itulah juga yg disebut dalam alQuran. tetapi muslim yang mukmin tidak akan mudah terpedaya dengan permainan mereka. jadi fikir2kanlah salah siapa. wallahua'lam :)

sama sama kita doakan rakyat yang buta kembali celik. yang celik akan terus celik. dan doakan Dr Morsi alHafiz, permata Islam itu agar dapat bertahan. Beliau si tabah yang gagah! Allahu akbar!

Unknown said...

@secret of Shaila

benar sekali doa buat mereka agar sabah dan tabah selalu

pasti ada hikmah di sebalik semua ini :)

Unknown said...

@cik natasya

dan mengambil iktibar :)

moga krisis di mesir membuka mata malaysian semua

Sakinah said...

doa untuk mereka di mesir, syria dan semua umat islam di muka bumi ini. amin...

sha (chirp chirp) said...

setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya. mari kita sama2 berdoa yg terbaek buat mereka & kita semua, insyaALLAH :)

Unknown said...

@KiN

ye sama samalah kita doakan seluruh umat islam di atas muka bumi ini walau dimana pun berada :)

@sha

benar pasti ada hikmahnya.pasti!:)

Fais-SKA said...

sy menyokong perjuangan Dr.Mursi :( sdih bila byak berita yg xbaik pasal dia..trus tabah wahai pnduduk islam mesir..Allah sntiasa bersama mu..

Unknown said...

ameen.
hanya jauhari mengenal manikam.

Mime MF said...

hanya doa senjata yg boleh kita bantu mereka...InsyaAllah

Unknown said...

ya.teruskan mengeluarkan senjata :)