Sunday, May 18, 2014

"surat cinta" buat perokok



jujurnya. dah beberapa kali entri bertajukkan tajuk ini tertahan dari dipostkan. sebab kononnya nak menjaga hati para perokok di luar sana. tapi bila dah tak terkira berapa kali jadi mangsa golongan ni aku dengan bersemangatnya terus nak menaip meluah segunung rasa ketidakpuashatian kepada mereka.

kalau anda seorang perokok, mohonlah membaca dengan fikiran terbuka, besarkan mata, lapangkan hati. kalau rasa tak nak buat semua tu, sila tekan x kat atas tu. dan babai.

sebenarnya aku sangat tak faham dengan perokok ni. ouh lupa nak highlightkan. perokok yang merokok di depan khalayak ramai, di tempat awam (entri ni untuk kalian). takkan tak ada sekelumit rasa bersalah pun kat orang sekeliling korang yang sedang riang menghirup udara segar kurniaan Allah tiba-tiba datang pulak asap berkepul-kepul hasil dari semburan korang tu. pleaselah. berhati perut limpa jantunglah sikit. dunia ni bukan ada korang je tau. mohon sedar. kita kongsi udara yang sama. jadi boleh tak bagi hak kami. hak mendapatkan udara yang segar bugar lagi menyihatkan minda dan tubuh badan. \

dalam bulan ni saja aku dah terkena empat kali. semuanya di tempat yang sama. masa makan di restoran. Ya Allah tolonglah mengerti wahai manusia yang berhati kurniaan Ilahi. orang nak makan pun boleh tersedak tetiba datang asap dari mana entah dok mengganggu konsentrasi orang makan. hilang terus selera. lenguh tangan dok mengipas konon nak bagi hint lah, sekali dia buat dek je. punyalah besar terpampang dilarang merokok kat tempat tu. dua kesimpulan je aku boleh fikir time tu. dia tak perasan mungkin atau dia tak tahu membaca dan mengeja. mungkin. titik. 

aku tak kisah kalau jenis yang tak tahu hargai hidup yang sedia pendek ni, sebab korang kata kubur masing masing, ye dak.. tapi tolonglah jangan libatkan orang lain sama. cuba merokok dekat tempat tak ada orang. hanya kalian, rokok dan asap sahaja. yang hisap korang, yang sedut pun korang. baru adil lagi saksama. kalau gian sangat nak merokok dekat depan khalayak, carilah inisiatif apa sekalipun asalkan jangan bagi asap tu bercampur dengan udara yang orang lain nak hirup. boleh? tu pasal aku selalu terfikir perokok ni kena masuk kelas moral. belajar macam mana cara nak menghormati orang lain. tak mengambil hak orang lain. dia seronok hisap orang lain yang kena sedut asap asap tu. rasa nak bagi topi keledar yang bercermin penuh biar dia rasa apa orang sekeliling rasa.

buat keluarga, kenalan, isteri, suami, anak, adik, abang, kakak kepada perokok, nasihatkanlah. hidup ni teramatlah singkat untuk kita membuat perkara yang sia sia. jangan sampai kita jadi pembunuh dalam senyap. dan salah satu usaha lain kita, doakanlah. moga mereka berubah dan sedar. masih belum terlambat. jadi manusia, jadilah manusia yang bermanfaat.

"Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain"
(Hadis riwayat Thabrani dan Daruqthni)

hadis ini disahihkan oleh al Albani di dalam "ash Shahihah" nya:
Dari Ibnu Umar bahawa seorang lelaki mendatangi Rasulullah S.A.W. dan bertanya, "wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling dicintai Allah? dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?" Rasulullah menjawab, Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan ke dalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi hutang atau menghilangkan kelaparan..."




maaf terkasar bahasa tersilap bicara.aku hanya meluah rasa.
wallahua'lam.