Sunday, July 7, 2013

review: bukan hanya ada kita

Assalamualaikum. selamat malam semua. ouh ye pada sesape yang sudi nak melepak barang seminit dua  kat coretan tinta mohon solat dulu yep =D



aku tak pernah review novel kat sini walaupun novel kat rumah tu boleh dah dibuat mini library rasanya. sebab yang paling kukuh setakat ni aku boleh bagi haruslah kerana si malas dok berkepit je dengan diri ini.sampai berat nak menaip mengarang ayat.nampak si malas berjaya memainkan peranannya.

jadi buat julung kalinya aku nak buat review novel dan novel yang bertuah itu adalah taraaaaaaaaaaaa! baca tajuk kat gambar di  atas. ye! bukan hanya ada kita ditulis oleh nazurah aisyah. aku dah baca dua novel karangan nazurah aisyah ni. first lili buat najah. yang tu memang kalau sediakan sekotak tisu pon kompem habis.sedih tahap petala kelapan bak angg angg angg.tak pernah lagi aku baca novel sad ending. semua stok happy ending je kann.tapi lili buat najah memang mantopp.teringat lagi time nak beli novel tu, ada sorang hamba Allah ni tegur, "best tu dik,memang tangkap leleh lah citer dia", aku pon menoleh ke arah suara tersebut.erkk saudara rupanya,ingat saudari.punya khusyuk baca sinopsis tak perasan suara garau ke serak serak basah ke lemah lembut.eheh. haa nak dijadikan cerita lelaki pon layan novel dia. jadi aku nak nasihatkan pada sesape yang berura ura nak khatamkan lili buat najah, mohon jangan baca waktu malam yang esoknya ada kelas.haa tak pasal-pasal pegi kelas mata lebam ala-ala kena tumbuk. paling baik pon orang akan ingat kau tahajud semalam padahal marathon novel.chettt. eh apasal gaya macam ada pengalaman nih? ha ha.

alamak.macam mana boleh terpanjang perenggan atas ni.okeh2 nak start dah ni. BHAK ni pun cerita dia penuh emosi. aku rasa nazurah aisyah memang pandai bermain dengan emosi. alkisahnya pasal dua orang wanita seorang suami.haa boleh tangkap tak?kira cerita bermadu lah ni. tapi perkahwinan kedua Zafrin dengan Medina dirahsiakan dari semua orang kecuali sahabat sahabat di Oman . Aiza si isteri pertama pon tak tahu. Dan Zafrin telah mempunyai 2 orang cahaya mata dengan Aiza ni.

Alaaaa tetibe rasa panjang lagi perjalanan ni. Malas pulak nak menaip. Haa tengok tengok, si malas datang lagi.haihhh. Novel ni pada aku lain dari yang lain sebab penulis cuba bawak pembaca menjiwai watak-watak dalam hidup bermadu ni. ingat senang ke kawin sorok-sorok ni. kalau yang pertama ok lah kut tapi kalau dah yang kedua memang cari nahas lah.tunggang langgang juga hidup zafrin aku tengok. erkk tengok??? ok ok aku bayang.

lepas aku baca aku pas kat kawan kawan yang kaki novel jugak. then ada sorang tu tanya. rasa-rasa sape yang boleh dipersalahkan dalam citer ni? aku dengan semangat nye menjawab...tak ada sape yang bersalah, semua tu dah tertulis. kita tak boleh salahkan Zafrin yang terjatuh cinta dekat Medina time dia jauh dari keluarga dia kat Oman tu. sebab apa? sebab cinta tu kan anugerah. anugerah dari siapa? ya iyalah haruslah dari Allah, dong. dan kita juga tak boleh salahkan Medina yang terjatuh cinta kat suami orang sebab apa? sama jugaklah jawapannya macam tadi. 

jadi kesimpulannya, soal hati itu tiada siapa yang boleh merungkai, boleh meneka. semua nya dengan izin Allah. walau segigih mana kita menahan hati dari terjatuh pada seseorang, seandainya Allah izinkan ia berlaku, maka akan berlakulah. kun fayakun. dan kita sebagai seorang hamba janganlah mempertikaikan takdir yang dah tertulis. tiada siapa yang mampu memadamnya kecuali dengan izin DIA. Seandainya terjadi pujuklah hati agar redha menerima dengan hati terbuka dan carilah hikmah disebalik itu. Pasti ada =)

emm dah tak tahu nak tulis apa. tapi nasihat aku pada para pencinta novel tolonglah baca *merayu ni.haha.korang tak akan menyesal beli walaupun sanggup mengikat perut makan biskut kering hari hari demi memastikan novel ini di dalam tangan *over kannn.

amaran: ini bukan cerita biasa biasa. ini cerita sarat dengan emosi jadi mohon jangan baca di tempat yang sesak dengan orang mahupun bunyi bunyian.nanti feel tak mai mai. kalau dapat tempat kalis bunyi lagi syiok. takut korang tak dapat pulak menjiwai watak medina yang selalu rasa rendah diri kerana merasakan dirinya seorang perampas . juga watak Aiza yang sangat sukar menghadapi kenyataan suami dah berkahwin lain dan madunya adalah orang yang selalu mendengar luahan hatinya sejak dia mengesyaki suaminya mempunyai perempuan lain. haaa gituu. rasa nak taip satu novel pulak. eh itu tipu. 

oklah.ni betul betul nak mengundur diri ni. ada lagi novel-novel yang aku nak review.tapi nanti nanti lah. dia kena berperang dengan si malas dulu. kalau keluar entrynya maknanya aku menang.dan malas tewas.hoyeahhh. tengok tak berhenti lagi jari jemari ni. adehhh.

k.selamat membaca semua. buat nazurah aisyah, nah saya bg thumbs up! teruskan berkarya =)





6 comments:

Teena Tna said...

Baca novel sebelum tidur syok ni..

Unknown said...

syok sangat.heaven amat.memang tepat sangat masa tu dipilih hehe

Fais-SKA said...

he3 ending dia mcm mn?? he3 kesimpulan dia..kalau mn2 isteri dimadukn, kenalh terima..sbb anugerah Allah kn..Dia sebaik2 perancang =) btol x cik Anim??

Unknown said...

ending dy?jengjengjeng :P kenalah baca novelnya.

erkk lain mcam ayat incik ni.dah pasang niat ke:)

memang kena terima,wajib terima qada' dan qadarNya. cuma mungkin perlukan sedikit masa.perkara ni memang tak salah tapi bukan mudah :)

DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya. dan bg sy, siapa yang terduga begini, memang seorang yang hebat.insan terpilih.sebab kita tahu hidup bermadu tak semudah itu. wallahua'lam

Seorang Nazurah said...

Tuan blog, awak sangat sweet!

Love, Naz

Unknown said...

eh nazurah aisyah laaa *mata bersinar!

terima kasih sudi singgah belog sy =D