Sunday, January 27, 2013

jazakallah

 
 
credit to google

kerana tegas itu..
aku terdidik agar tidak berlebihan,
dalam soal hati dan perasaan.
aku terdorong punya hati yang tidak rapuh,
agar tabah menjalani waktu yang panjang,
dalam sebuah penantian.

kerana malu itu..
aku diajar agar belajar merahsiakan,
saat rindu bertamu tanpa diundang,
sangat tidak perlu untuk diungkapkan,
kerana jurang itu masih dalam,
jarak itu masih jauh,
masa itu masih belum tiba,
bila halal itu masih tiada.

kerana setia itu..
aku terlatih memohon pengharapan,
agar hati memegang utuh sebaris nama,
walau ujian datang berbagai rupa,
walau dijarakkan beribu batu jauhnya,
andai telah tertulis,
tiada siapa mampu memadamnya,
usahlah resah menghadapi sebuah ketentuan~

jazakallah ciptaan Ilahi
moga akan terus sentiasa disitu
 
 

No comments: