Friday, May 10, 2013

harga sebuah pengorbanan


Kau
Kau di dalam hatiku
Kekal dalam ingatan,
Kau sebagai kasihku,
Kekal sepanjang zaman,
Kira kau dan aku suatu hari nanti akan bersatu...

Tersentak Syakirin tatkala mendengar lagu nyanyian Spider itu,terhenti hayunan langkahnya di tengah-tengah PKNS Shah Alam yang amat sesak dipenuhi umat manusia.

“Kenapa Rin,tiba-tiba brek mengejut kat sini,kot ye pun cuba bagi signal dulu”,tegur Fida kehairanan.Bertambah hairan bila melihat mendung yang bertamu di wajah sahabat kesayangannya itu.

“Kau ni kenapa,tiba-tiba berair je mata tu,masuk habuk ke,celah mana pula datang habuk dalam bangunan ni,”Fida bertanya bila dia menangkap kaca-kaca di mata Syakirin menunggu masa untuk pecah.

‘Fida,jom kita duduk kejap,aku dah tak laratlah nak berjalan,”ajak Rin sambil terus menonong meninggalkan Fida yang nyata terpinga-pinga.

Hahh.. biar betul makcik ni,baru masuk dah kata penat,baru jalan satu kedai kot,dia kan ratu shopping,tak munasabah langsung...tak sihat ke apa dia ni.

******

“Rin,cuba cerita kat aku,kenapa dengan kau ni,tadi masuk sini bukan main bercahaya lagi muka kau nak beli blouse idaman tu,ni apa cerita ni?”Pantas Fida bertanya sejurus selepas meletakkan punggungnya ke kerusi di medan selera itu.

“Aku dah cakap dah,aku tak boleh lupakan dia Fida.Kau bayangkan,macam mana aku nak buang segala ingatan aku tentang dia kalau kemana-mana aku pergi semuanya ada kaitan dengan dia.Aku rasa macam bayang-bayang dia mengekori aku tiap masa,”luah Rin penuh perasaan.

Fida terdiam.Baru dia teringat lagu Spider yang bergema di dalam bangunan PKNS sebentar tadi membawa seribu satu makna kepada sahabatnya itu.Sesungguhnya dia tahu sedikit sebanyak lagu itu telah menggamit kenangan lalu antara Syakirin dan Amar.

Amar Hamidi.Pemuda yang mendapat tempat di hati Syakirin sejak lima tahun dulu.Insan yang cuba sedaya upaya untuk Syakirin lupakan kerana mereka tahu hubungan sebelum nikah tiada sebarang makna.Mereka sedar mereka telah dipertemukan pada waktu yang salah.Waktu yang masih belum menghalalkan sebarang hubungan antara mereka.

Lantaran itu,kedua-duanya mengambil keputusan agar menoktahkan hubungan yang sedia ada.Alhamdulillah,Fida bersyukur kerana mereka sama-sama telah di didik dengan asuhan Islam yang sebenar.Dan kerana itu juga hati keduanya redha menerima perpisahan itu.Walau pada mulanya amat sukar bagi Syakirin selepas menerima sepucuk surat terakhir dari Amar.

Rin,saya harap awak faham.Sepatutnya dari dulu lagi kita harus menamatkan hubungan ini.Tapi saya tak kuat,saya tak kuat untuk mengucapkan kata perpisahan pada awak.Alhamdulillah Allah telah membukakan hati saya untuk duduk bersama-sama sahabat-sahabat yang soleh dan mereka lah yang telah banyak memberi dorongan untuk saya berhadapan dengan semua ini.

Awak,kita harus ingat syaitan sentiasa menyelesakan diri kita dengan maksiat yang dilakukan.Sebenarnya benda itu salah tapi dia membuatkan kita rasa betul dan tak rasa berdosa.Itulah yang kita alami sekarang kalau awak sedar,kita tahu yang hubungan ini salah tapi kita tetap meneruskan kerana rasa ia tak memberi mudarat dan tak berlebih-lebihan.Ustaz saya berpesan,kekuatan itu usah ditunggu tapi perlu dicari.Dan saya amat setuju dengan kata-kata beliau.Andai saya menunggu kekuatan untuk mengucapkan semua ini pada awak,saya sedar itu tak kan pernah terjadi.

Rin,saya amat memohon pengertian awak.Yakinlah andai benar sudah tertulis tulang rusuk kiri awak itu milik saya, takdir pasti memihak pada kita.Saya mengimpikan sebuah keluarga dalam biah yang solehah,dan saya harap saya dapat menunaikannya bersama awak.Membina baitul muslim yang dituntut oleh agama.Tapi andai kita terus begini,dan ditakdirkan jodoh kita bersama,saya takut  pernikahan kita akan hilang keberkatannya.Kerana jalan yang kita ambil untuk ke arah itu tak betul,Rin.

Rin,maafkan saya atas segala yang terjadi antara kita.Jangan pernah salahkan takdir kerana telah mempertemukan kita di saat yang tak mampu untuk kita harungi.Saya tak pernah menyesal mengenali awak kerana itu adalah satu kenangan terindah dalam hidup saya.

Rin,bersabarlah menanti masa yang selayaknya untuk kita disatukan.Tapi andai dalam penantian itu,awak berjumpa dengan insan yang lebih baik,soleh dan amat menyayangi awak juga boleh menjaga awak sepanjang hayat,jangan ragu untuk menerimanya.Saya pasti akan redha dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak.

Maaf sekali lagi atas segalanya.Moga awak sentiasa kuat meniti hari-hari yang mendatang. Moga pengorbanan kita ini tidak sia-sia.Yang namanya pengorbanan itu sememangnya pahit tapi hasilnya pasti manis.Jaga diri,jaga iman Nur Syakirin Muhammad Syahran.
Assalamualaikum.

Salam dari kejauhan,
Amar Hamidi.

******


“Rin,kau kena banyak bersabar,ini semua dugaan untuk kau,percayalah pengorbanan kau ni tak akan sia-sia.InsyaAllah satu masa nanti  kebahagiaan pasti milik kau.Jangan paksa diri untuk lupakan dia kalau kau tak boleh, cuma kawal fikiran kau supaya tak selalu ingat kat dia.”

“Dah hampir dua tahun, Rin.Aku yakin kau boleh.Percaya pada takdir .Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita.Sentiasa dekatkan diri kau pada Allah .Dalam masa yang sama jangan terlalu berharap pada dia,aku takut kau mungkin akan kecewa.Tapi gantungkan harapan pada Allah,kau tak kan pernah rasa kecewa.Be strong my friend.Allah always with us,”bersungguh-sungguh Fida menyuntik kembali semangat sahabatnya itu.

“Terima kasih Fida,semua kata-kata kau tu benar,tapi kadang-kadang aku tak dapat kawal diri bila ada perkara  yang berkaitan dengan Amar.Aku rasa sedih sebab aku tak kuat dalam mujahadah ni.Baru je aku cuba nak hilangkan bayang dia,ada je yang halang.Kenapa ye Fida? “Berkerut dahi comel itu menagih jawapan.

“Haah aku tahu,jodoh korang kuat ni,ada aura gitu,”selamba Fida menjawab sambil tersengih-sengih.

“Kau ni kan,aku tengah serius ok,kau jangan lah nak membuaikan lagi perasaan aku,”Syakirin sudah mula dengan loyar buruknya.

“Hahaha..keluar dah senyuman maut dia tuh..dah-dah jangan layan lagi perasaan kau tuh,jom kita mulakan pengembaraan mencari blouse idaman,”katanya sambil menarik tangan Syakirin supaya beredar dari medan selera itu.

Syakirin hanya tersenyum dalam hati melihat telatah temannya yang satu ini.Dia bersyukur dikurniakan teman yang baik dan setia seperti Fida.Persahabatan mereka bukan sehari dua tapi sejak dari bangku sekolah lagi.Segala suka duka dikongsi bersama.Dan takdir telah mengeratkan lagi persahabatan mereka dengan menemukan dua sahabat ini di universiti yang sama.Kini mereka sedang menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Bahasa Arab.

******
Syakirin merehatkan dirinya selepas pulang dari kuliah petang itu.Matanya melilau memerhati ke segenap ruang dalam kamar kecilnya.Dan matanya terhenti pada satu objek di atas meja study, frame biru yang bergambar ikan cantik menghiasi meja itu selama beberapa tahun ini. Di atas frame itu tertulis serangkap lagu nyanyian Spider.Hati Syakirin tersentuh tatkala matanya menangkap sebaris ayat dikeliling frame tersebut. ‘You Mean Everything To Me’.Dan seraut wajah itu terlakar kembali di layar fikirannya.

Walau sudah dua tahun berlalu,Syakirin sukar melupakan segala-galanya.Dia pernah berjanji kepada dirinya sendiri agar terus menanti.Dan dia juga berjanji akan pasrah dan redha andai takdir tidak memihak kepada mereka.

“Am,Rin redha andai satu hari nanti seorang antara kita harus berpaling dari janji yang tak pernah terucap ini.Tapi Rin akan pastikan yang seorang itu bukan Rin.Rin akan terus menanti sehingga Rin sendiri yang menyaksikan kebahagiaan Am..walau dengan insan lain,”bisik hati kecilnya.

Tiba-tiba Syakirin teringatkan emailnya yang sudah seminggu tidak dibuka.Entah mengapa hatinya bagai ditarik-tarik agar membuka emailnya walau tubuhnya masih memerlukan rehat.

Dengan malas dia duduk di meja study lalu membuka laptop pink kesayangan.

Kenapa tangan aku menggeletar ni..ada apa-apa petanda ke,tadi baru cakap dengan umi dan abah,Rin berteka-teki sendirian.

“Eh ada email baru,siapa pula rajin menghantar kat aku ni.”

Dengan lafaz basmallah dia membuka inbox.Berdegup kencang jantungnya tidak berentak bila melihat nama pengirim email tersebut.

“Amar!Kenapa tiba-tiba dia bagi email kat aku,ya Allah asal aku rasa tak sedap hati ni.Sabar Rin ,sabar.Tenang tenang,tak ada apa-apa ok,” Rin menenangkan dirinya sendiri.Saat  itu juga matanya laju dilarikan pada email Amar tersebut.

Bismillah.
Moga email saya ini jauh dari fitnah dan tidak mengganggu Rin di sana.
Moga awak sentiasa dalam keadaan sihat,terpelihara dalam rahmat Allah.

Syakirin,
Sebenarnya saya memang mempunyai tujuan menulis email ini tapi sebelum itu saya memohon kemaafan andai perkara ini akan memberi kesan kepada awak.Maafkan saya ,Rin.

Syakirin,
Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan dan Dialah sebaik-baik perancang.Yang sebenarnya saya tak dapat meneruskan penantian ini.Saya dah bertemu dengan insan yang solehah untuk saya.Kami bercadang untuk bernikah disini dalam masa terdekat.Mungkin dia tak sesolehah awak tapi saya rasa cukuplah sekadar untuk menyempurnakan hidup saya.

Syakirin,
Saya tahu berita ini akan melukakan hati awak.Itupun kalau awak masih sendiri.Dah dua tahun,mustahil awak masih mengharapkan saya,insan kerdil ini.Saya yakin awak akan bertemu insan soleh yang layak untuk wanita sesolehah awak.

Akhirul kalam,saya sentiasa doakan kebahagiaan awak.Rin,maafkan saya atas janji yang tak tertunai.Saya tahu saya tak pernah berjanji dengan awak tapi dengan diri saya sendiri.Janji untuk melamar awak satu masa nanti.Tapi takdir Allah mengatasi segalanya.Maafkan saya.Saya harap awak juga tak lupa mendoakan kebahagiaan saya.

Assalamualaikum


Mata Syakirin masih lagi terpaku pada bait-bait kata di hadapannya.Akalnya seakan  lambat untuk menafsirkan apa yang cuba disampaikan oleh Amar.
Dan semakin lama matanya dirasakan berair.Menunggu masa untuk menitis.

Sampai hati Am.Luluh hatinya tatkala menyedari tujuan sebenar email yang ditunggu-tunggu sejak dua tahun yang lalu membawa khabar yang tak dijangka.
Berita yang baru diterima itu menambahkan kelesuan dirinya yang sejak tadi beraja.

“Ya Allah kuatkan hatiku ini menghadapi dugaanMu.Aku sedang diuji,jangan biarkan emosi menutup kewarasan akalku.Jauhkan aku dari kecewa dan putus asa dengan rahmatMu.Sesungguhnya ku tahu hanya Engkau lah yang mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-hambaMu.Ku yakin, ada hikmah yang tersembunyi ya Allah.”

“Rinnn! Time to dinner,cepatlah siap, perut aku dah bising bergendang ni”,terdengar Fida memanggil di hadapan pintu biliknya.

“Rin ooo Rin,kau tido laaa….”,terkaku Fida melihat wajah temannya yang lencun dibanjiri air mata.

“Ya Allah,Rin!Kenapa ni,kau sakit?”

“Fida…Amar…”,Syakirin cuba menerangkan sambil tangannya di arah ke laptop di atas meja.

******

Masing-masing menikus dihadapan nasi ayam yang langsung tidak mengujakan kedua sahabat ini.

“Rin,kau ok? ” dalam serba salah Fida bertanya.

Syakirin hanya mengangguk.

“Rin,kau…”
“Aku ok Fida.Selagi Allah masih meminjamkan seorang sahabat seperti kau kepada aku untuk berkongsi kesakitan ini,” tabah Syakirin menjawab.Sedaya mungkin dia cuba menyembunyikan sendu untuk menyenangkan hati sahabatnya itu.Dia tahu Fida amat bimbang keadaannya tika ini.

Fida tersenyum senang mendengar jawapan Syakirin.Lantas dipeluknya tubuh kecil itu.

“Rin,kadang-kadang kita kena meluahkan apa yang terbuku kat dalam ni,”katanya sambil tangannya dibawa ke dada.

“Tak berdosa Rin kalau kau nak menangis,sebab menangis ni pun ubat keresahan,kegundahan,kesakitan.Aku lebih rela kau menangis atau bercakap dari kau diam je macam ni.Jangan pendam,Rin.Nanti kau akan sakit seorang.”sayu Fida memandang wajah temannya itu.

Syakirin hanya tertunduk mendengar kata-kata sahabatnya itu.

“Rin sayang, betul kata Am,kita hanya merancang tapi Allah lah yang menentukan.Berlapang dadalah menerima takdir ni,insyaAllah pasti ada hikmah disebalik semua ini.Tu kan moto hidup kau,yang kau selalu dok ulang-ulang kata kat aku.So.sila praktikkan. Rin,,,ingat ayat as-Saff,,”Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangat dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan”                 

Syakirin tersenyum memandang temannya.Inilah Fida.Kata-katanya berbisa menusuk ke kalbu tapi mampu memberi kesedaran kepada si pendengar.

“Ye,Fida sayang.Aku ingat.Cuma sekarang aku sedang belajar menjadi tabah.Belajar menerima takdir.Aku perlukan waktu untuk semua ini.Aku teringat kata-kata kau dulu supaya meletakkan pergantungan  hanya pada Allah bukan pada kesetiaan seorang insan yang nyata tak pasti agar aku tak kecewa andai takdir tak berpihak pada kami.Dan sekarang aku merasa kebenaran dari kata-kata kau tu,”Rin cuba bertenang berhadapan takdir ini.

“Rin,cinta itu tak bermakna bersatu.Tiada sebarang jaminan yang percintaan itu mesti dinoktahkan dengan pernikahan.Dan sebenarnya cinta itu bukan hanya memiliki tapi memberi.Memberi kebahagiaan dengan cara berkorban melepaskan dirinya bersama orang lain andai itu yang terbaik untuk dia.Cinta yang suci itu membutuhkan pengorbanan,Rin.Itu yang membezakan antara cinta dan nafsu.
Doakanlah kebahagiaan dia,” lembut Fida berkata-kata.Berharap dapat menenangkan hati yang satu itu.

“Hmm,Fida,,kadang-kadang kita ni selalu tertanya-tanyakan kenapa bukan dia jodoh kita,tapi  pernah tak kita tanya diri sendiri,layakkah kita untuk dia.Aku sedar Fida,Am terlalu baik untuk aku,dan dia berhak mendapat yang setaraf dengan ketulusan hatinya.InsyaAllah aku boleh terima semua ini,cuma untuk aku hapuskan segalanya tentang dia dalam masa terdekat ni,aku tak mampu,” ucap Rin sambil menyapu sisa air mata di tubir matanya.

******
Dua tahun kemudian.

“Umi nak cakap sikit dengan Angah ni,”kata Umi sambil menarik Syakirin hampir dengannya.

Dia tahu anak perempuan sulungnya itu keletihan kerana baru pulang dari mengajar kelas tambahan walaupun hari ini hari Ahad.Kerjanya sebagai seorang guru di Sekolah Agama Menengah Jeram menuntut supaya mengerahkan sedikit tenaga mendidik pelajar-pelajarnya agar cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

“Apa dia umi.Nampak macam suspen je,”Syakirin bergurau bila melihat wajah serius uminya.

“Sebenarnya tengahari tadi ada tetamu.Kawan lama abi.”

“Ohh,kawan lama?Angah kenal tak?”

“Tak.Angah tak sempat kenal dengan dorang sebab masa kami pindah Pahang Angah baby lagi.”

“Oh,orang Pahang la ye, umi?”

“Aah,diorang pun ada anak sebaya dengan Angah.Lelaki.”

“Hmm..haa Angah tahu sebenarnya diorang tu datang nak merisik Angah kan umi,”Syakirin selamba ingin mengusik uminya.

“Aah Angah,pandai Angah teka.Bukan setakat merisik, masuk minang sekali.Agaknya korang memang jodoh tak.”

“Haah!betul ke ,umi jangan main-main tau benda-benda macam ni,”Syakirin kaget bila usikannya nyata mengena diri sendiri.

“Laa betullah apa pula main-main.Takkan diorang nak merisik Acik tu.Anak diorang lelaki sayang oiii…”

“Errr..takpelah umi,Angah masuk bilik dulu ye,pening kepala la,”terus moodnya mati ingin berbual dengan uminya.

Puan Aryani hanya memandang tak terkata tingkah anaknya yang tiba-tiba itu.Haish..kalau macam ni lambat lagilah nak menimang cucu,usahkan cucu, menantu pon tak nampak bayang ,rungutnya di dalam hati.

******
Perbualan dengan ibunya sebentar tadi mengganggu fikirannya saat ini.Hatinya tiba-tiba menjadi sayu.Dia dirisik orang.Alangkah indahnya andai orang itu adalah dia yang dirinya cintai.Tapi mana mungkin.Syakirin teringat seseorang yang kini sedang berbahagia bersama insan tersayang.

Walaupun sudah bertahun berlalu,tapi hati masih tetap berdegil.Masih mahu nama itu terlakar kemas di hatinya.Sungguh sukar melenyapkan kenangan semalam.Andai dia mampu pasti sudah dilakukan sejak dulu lagi.Dan kerana itu hatinya tidak terbuka lagi untuk mana-mana insan yang bergelar lelaki.Dia hanya ingin berserah pada takdir.Takdir yang menamatkan biarlah takdir juga yang memulakan.

Sudah lama dia tidak mendengar kabar berita dari Amar.Biarlah mungkin sekarang dia sibuk melakar bahagia.Selepas mendapat email dari Amar dua tahun yang lalu,Syakirin hanya berdiam diri.Dia langsung tidak membalas email Amar untuk mendapatkan penjelasan.Baginya sebagai seorang wanita tidak perlulah dia merendah-rendahkan maruahnya dengan merayu memohon penjelasan.Email tersebut padanya telah cukup jelas memberitahu tempat dirinya di hati Amar telah diganti dengan insan lain.

******

“Angah,kami semakin hari semakin tua,sebelum kami menutup mata teringin sangat nak menimang cucu,”abah bersuara petang itu ketika di meja makan.

“Apa abah cakap ni.Abah, mati tu tak kenal usia tau.Mana tahu esok-esok Angah yang pergi dulu,”Syakirin cuba menenangkan hati sang ayah.

“Umi dengan Abah kan dah ada Haikal.Tak cukup lagi ye.Hah suruh along dengan kaklong ni kerja keras sikit,”Syakirin berkata sambil menjeling along di sebelahnya.

 Ringan sahaja tangan Along mencubitnya.” Don’t drop the subject ok. We discussing about you,Nur Syakirin,”terjengil biji mata Along memandangku.

Hish pakcik ni emosi terlebih pula petang-petang ni.Orang memain jela.

“Ok cuba umi dengan Abah bagitahu,macam ada maksud tersirat je ni,”Syakirin cuba berdiplomasi dengan orang tuanya.

“Ya Allah,apa ke lembap adik Along sorang ni.Umi dengan Abah suruh Angah kahwin la.Umur awak tu dah nak masuk 25 ye.Sila sedar diri,”Along pantas menjawab bagi pihak kedua ibubapaku.

“Ya Angah,Abah sebenarnya berharap Angah terima pinangan dari anak kawan Abah tu.Mereka masih menunggu jawapan Angah,”Abah tepat memandangku.

Aduh ni yang aku lemah ni,gumam Syakirin dalam hati.

“Abahhh..Angah kan baru 25 tahun,bukan 30..apa masalahnya sekarang.Angah tak puas lagilah berdikari.Nanti-nantilah ye,tapi bukan sekarang.Pleaseeee..,”sehabis mungkin aku membuat muka 10sen.

“Angah,Abah sayang sangat kat Angah.Kalau boleh sebelum Abah pergi,Abah dah lega sebab ada orang yang boleh jaga Angah.Bukan senang nak lepaskan anak ayah sorang ni.Angah lah satu-satunya anak perempuan yang abah ada.”

Aku terkaku mendengar luahan hati abah.Terdetik perasaan bersalah kerana telah membuatkan abah susah hati.Umi hanya memandang sejak tadi.Mungkin sudah penat memujuk anak perempuannya ini.

“Angah minta maaf abah,kalau Angah dah buat Abah dengan Umi susah hati.Bagi Angah masa untuk fikir pasal ni.Ni melibatkan masa depan Angah kan,”Aku beralah akhirnya.

“Terima kasih Angah,Umi tahu Angah anak yang baik,tak kan menghampakan harapan kami.Umi yakin Angah tak kan menyesal kalau pilih dia.Bukan senang nak cari lelaki macam dia zaman sekarang ni,Kami memang berkenan sangat dengan budaknya tu,dia pun baru je balik dari luar Negara.Apa entah nama tempatnya,Umi lupa pula,” Umi yang tadinya hanya diam bersuara.Mungkin excited lepas dengar persetujuan dariku untuk memikirkan perihal pinangan itu.

******

“Aku rasa itu yang terbaik untuk kau,Rin.Percayalah,pilihan mak ayah tak kan pernah salah.Contoh terdekat kat depan mata kau ni,”Fida tersenyum-senyum sambil memangku Alisya.

Syakirin hanya mampu membuat muka.Ada benar juga kata sahabatnya itu.Fida bertemu jodoh dengan Faizal atas pilihan keluarganya.Dan sekarang mereka sangat bahagia lebih-lebih lagi dengan kehadiran Alisya yang comel ini.

“Kau ni sukalah,aku tengah serius ni,aku keliru nak buat keputusan ni.Dah nak dekat sebulan tau keluarga dia tunggu.Aku taklah kejam sangat nak biarkan dia terus menanti tapi aku betul-betul tak ada jawapan sekarang.”

“Rin,banyakkan istikharah,solat hajat,doa banyak-banyak agar diberi petunjuk.InsyaAllah kau akan dapat jawapannya.Satu aku nak ingatkan kau,restu dari orang tua kita sangat penting,cinta tu jatuh nombor dua.”

******

“Ya Allah, aku mohon moga gerak hatiku ini tepat.Tetapkanlah hatiku Ya Allah.Ku yakin ini semua telah Kau takdirkan untukku.Andai benar dia yang Engkau catatkan menjadi imamku sepanjang hidup ini,aku redha.Bukakanlah seluas-luasnya hatiku untuk menerima baik buruk dirinya,mencintai dirinya selayaknya seorang suami.Lenyapkanlah segala kenangan silamku agar tidak menghantui hari-hari mendatang.Hanya padaMu ku memohon Ya Rabbi.Perkenankanlah.Amin.”

Dinihari itu aku pasrah dengan takdirnya.Sudah tiba masanya untukku membuka episod baru kisah hidupku.Biarlah dia menjadi lipatan sejarah.Aku tak kan berpaling.Semoga kau sentiasa bahagia, Amar Hamidi.

******

“Umi,Abah..Angah terima..insyaAllah Angah dah sedia,”kataku yakin.

Hampir menitis air mataku tatkala melihat kegembiraan yang terpancar di raut wajah tua mereka.Ya Allah lancarkanlah segalanya.Andai ini dapat menggembirakan kedua ibubapa ku yang banyak berkorban untukku,aku pasrah.

“Terima kasih sayang,”Umi memelukku erat dengan cucuran air matanya.Sebaknya hatiku rasa tak terbendung.

“Abah nak telefon keluarga Encik Kamal kejap,”Aik Abah tak menyempat-nyempat.Siapa yang sebenarnya nak kahwin ni.Aku hanya tersenyum melihat telatah Abah.

******


Hatiku berdebar-debar tak keruan.Akhirnya hari ini tiba juga.Ya Allah tetapkan hatiku ini.

Dia yang hanya ringkas berbaju kurung satin merah jambu cair dengan solekan nipis kelihatan anggun bersama tudung  yang ditempah khas.

“Menawannya kau Rin hari ni,”Fida nyata terpegun melihat keayuan yang terserlah di wajah temannya itu.

“Hari ni je?Hari-hari lain?”,Syakirin sengaja mengusik meredakan rasa gemuruhnya.

“Yelah,cik Syakirin hari-hari menawan.Eh,apasal tangan berpeluh ni.Cik adik nervous ye.Sabar-sabar tak larinya cik abang tu,”Fida tersenyum-senyum.Sungguh dia tumpang gembira dengan kisah temannya itu.Nyata takdir tidak sekejam itu.

“Kau ni kenapa,tak membantu langsung.Aku bukan nervouslah,seram je.”

“Ha ha ha..kau jangan risau lepas kau pandang wajah dia kegemuruhan kau tu akan hilang.Percayalah kat aku.Haih..sejuk je mata memandang suami kau tu..eh bakal..hehe,”Fida tak habis-habis mengusiknya.

“Gaya cakap macam dah tengok dia je.Kan belum sampai lagi ke kau kenal dia.”

“Eh taklah aku teka je..dah-dah jangan banyak bunyi.Duduk diam-diam nanti hilang seri.”

Apa-apa jelah si Fida ni.Pening aku tengok perangai dia hari ni.Excited betul.Aku ke dia ni yang nak kahwin.Adehhh..asal jantung ni dah tak reti berdegup sekata.

“Angah,pengantin lelaki dah sampai,jom keluar”.Tiba-tiba tersembul wajah umi di muka pintu.

Aku duduk tidak jauh dari belakang suami ku dalam masa beberapa minit sahaja lagi.Debaran kian hebat bila bayangan bakal suamiku di depan mata.Ya Allah berikan yang terbaik untukku.

Aku hanya menunduk sejak keluar dari bilik tadi.Tiada kuasa untuk mengangkat muka.Fida di sebelah sudah tidak duduk diam.Tak habis memuji-muji kekacakan bakal suamiku.Umi hanya memegang tanganku menyalurkan semangat.

“Aku nikahkan kau Amar Hamidi Muhammad Kamal dengan Nur Syakirin Muhammad Syahran dengan mas kahwinnya RM80 tunai.”

Terangkat mukaku saat itu juga.Ya Allah adakah khayalanku semata-mata.Saat itu  mataku bertembung dengan senyuman suamiku.Senyuman yang sentiasa dalam ingatan.Dan aku rebah dipangkuan umi ketika itu juga.

******

“Takpe umi,biar Amar je yang tunggu Rin bangun…”,Sayup-sayup ku dengar suara itu.Suara yang ku fikir tak kan pernah lagi akan dapat kudengari.Selepas terdengar bunyi pintu ditutup,aku lantas bangun dari baringanku dengan seribu satu persoalan yang tak terjawab.

“Apa semua ini,awak…tolong jelaskan pada saya,”suaraku berubah kendur bila menatap wajah itu.

Ya Allah aku rindukan wajah ini.Empat tahun ku menanti .Dan akhirnya…Aku seakan tidak percaya dengan mainan takdir ini.

“Rin dah sedar,Alhamdulillah..risau abang tadi,”Amar mengambil tempat disebelahku.Cuba mencari tanganku.

Aku cepat-cepat melarikan tanganku jauh darinya.”Rin nak kan penjelasan,”tegasku tanpa memandang mukanya.

“Ok,tapi Rin janji kena bertenang dulu.Abang tak nak Rin mendengar dengan emosi tapi dengan ketenangan.Boleh?”

Melihat aku yang tak bereaksi,Amar meneruskan kata-katanya.

“Sebelum terlambat,abang nak mohon ampun sangat-sangat kat isteri abang yang cantik ni.Abang tahu abang dah melukakan hati Rin dua tahun yang lalu.Bukan niat abang,Rin.Yang sebenarnya abang turut menderita.Abang menangis bila tulis email tu.Abang tak menulis email tu dengan hati yang ikhlas.Abang terpaksa buat macam tu sebab tak nak Rin terus menunggu abang.

Abang sedar,Rin boleh dapat yang lebih baik dari abang sebab Rin seorang wanita yang baik.Abang rasa tak layak untuk Rin.Abang jauh dari Rin.Rasa takut kehilangan Rin tu selalu datang.Tapi masa tu,abang belum sedia untuk mendirikan rumah tangga.Abang rasa tempoh tu sangat lama.Abang terfikir kalau-kalau ada yang melamar Rin,Rin tak kan terima sebab terikat dengan kisah kita.

Jadi Abang buat keputusan untuk reka cerita yang abang dah nak kahwin.Abang anggap lepas tu Rin boleh tentukan hala hidup Rin tanpa terikat dengan siapa-siapa.Tapi rupa-rupanya abang tersilap perhitungan.Kita sama-sama menderita.Fida dah ceritakan semuanya kat abang.Minggu lepas abang paksa juga dia jumpa abang walaupun pada mulanya dia berkeras tak nak.Abang tahu dia marah abang lukakan hati teman baik dia ni.Maafkan Abang,Rin.”

Air mataku yang ditahan sejak tadi pecah juga mendengar cerita Amar, suamiku. Sayu mengingati saat-saat betapa kecewanya aku menerima perkhabaran yang tak dijangka darinya dulu.

“Abang rasa bersyukur sangat akhirnya Allah memakbulkan doa Abang.Abang harap Rin pun berperasaan yang sama,”katanya sambil memandangku tajam.

“Rin,cakaplah walaupun sepatah.Abang nak tahu apa yang ada dalam hati Rin sekarang,sayang.Atau sebenarnya perasaan kita dah tak sama…”

Tanpa menunggu Amar menghabiskan kata-katanya,aku pantas memeluknya bersama esak tangis yang tak tertahan.Hatiku tak habis-habis melafazkan kata syukur atas kesudahan kisah kami ini.Sesungguhnya ini adalah harga sebuah pengorbanan yang tak ternilai.

“Shhh..sayang jangan macam ni,Rin buat Abang serba salah.Abang tahu abang dah banyak lukakan hati Rin.Maafkan abang,sayang,”pujuknya sambil tangannya memegang daguku.Memaksa agar wajahnya kupandang.

“Awak…saya rindu,”hanya itu yang mampu terluah dari mulut comel itu.

Amar memandang dengan senyuman yang meleret. “Awak? Rin panggil siapa ye?”sengaja dia menggiat isterinya.

Syakirin memukul manja dada suaminya lantas menyorokkan mukanya di dada kesayangannya itu.

******

“Haa..dah sedar dah pengantin kita.Boleh pula dia buat gimik pengsan tiba-tiba,”Mak Teh mengusik ketika aku dan Amar muncul di tengah-tengah mereka.

“Entah Angah,kot ye pun tak sabar nak kahwin bawak-bawak la bertenang, nervous semacam,Along mula mengambil port menghentamku.

Aku hanya mampu menjeling Amar disisi. Ni semua sebab Abang tau.,getusku dalam hati.

Amar hanya buat muka tak bersalah.

“Eh ni abah cam pelik ni.Yang korang ni macam rapat semacam ni,kan tak pernah kenal,tak kan baru berapa jam sesi suai kenal tadi dah serasi,”seloroh abah.

Semua mata saudara-maraku memandang tepat ke arah kami.

“Yelah Abah dengan Umi yang pilihkan,mestilah serasi,kan abang,”selamba aku mejawab.

Aku dan Amar tergelak melihat wajah masing-masing yang tecengang-cengang kehairanan.

“Hmm..sebenarnya kami memang dah kenal sebelum ni.Nak dijadikan cerita terpisah masa sambung belajar dulu.Abah,Umi, saya memang berkenan dengan anak abah ngan umi ni.Tu pasal bile ayah bagi gambar calon menantu dia lepas saya balik dari Jepun tu saya terus setuju,”Amar berkata sambil memandangku dengan senyuman menawannya.

Para penonton setia ‘jejak kasih’ yang memenuhi ruang tamu rumah ku masing-masing terpaku dengan mulut ternganga berbentuk O.Lucu aku melihat keadaan mereka.

“Ouhh patutlah pengantin perempuan tadi sampai pengsan,si jantung hati buat kejutan rupanya,”petah Adli,sepupuku yang berusia 13 tahun itu menyampuk.

“Ya Allah,macam tu kisahnya.Alhamdulillah ye bang,tak sia-sia pilihan kita,”umi meraup tangannya ke muka.

Aku beralih kepada Umi dan Abah yang duduk setentang dengan kami. “Umi,Abah..terima kasih atas segalanya.Angah saaaayanggg sangat kat umi ngan Abah,”kataku sambil mencium tangan keduanya.

“Agaknya kaulah Amar penyebab Nur Syakirin ni tak nak kahwin-kahwin.Ingatkan memang nak pegang status andartu.Rupa-rupanya tunggu orang Jepun,”
Gamat ruang tamu dengan gelak tawa saudara maraku mendengar perlian Along.

“Along ni…dah tau tu diam-diam jela,”malu-malu aku berkata seraya menyorok di belakang suamiku.

“Dah-dah tu Along.Bukan main lagi dia mengenakan orang ye.Kamu ni bila lagi nak bagi cucu kedua kat Umi ngan Abah,”sengaja Abah mengenakan Along pula.

“Alaa bah..Along dah penatla,tu suruh Angah lah pula,”selamba dia menuding jari ke arahku.

Terjengil biji mata kaklong ku mendengar kata-kata tak berperasaan Along.Tak malu betul!

“Aahla Acik teringin nak anak buah perempuan pula.Bolehkan Angah?” Acik memandangku dengan muka penuh harapan yang sengaja dibuat-buat.

Hah!..sabar jelah dengan keluarga aku ni.Semuanya gene kuat mengusik ,turun dari Pak Cik Syahadan lah ni.

Terasa pinggang ku dipeluk dari tepi.”Boleh je Acik,InsyaAllah,doakan lah.Lagi cepat lagi bagus.”

Kata-kata suamiku disambut dengan sorakan yang memenuhi ruang tamu itu.
Aku hanya mampu menahan malu dengan kata-kata berani matinya tadi.

“Abang jomlah naik atas.Boleh pengsan sekali lagi Rin lama-lama kat sini,”bisikku kepada Amar.

“Weet weettt..ada orang tu dah tak sabar.Yes!cepatlah Acik dapat anak buah ni.”

Ya Allah  malunya aku.Macam manalah si telinga capang ni boleh dengar.Huh..dasar telinga gajah.Aku buat tak dengar dengan sorakan dan pekikan mereka yang dah macam kat stadium je gayanya lantas terus menarik tangan suamiku untuk masuk ke bilik.

“Sayang abang ni dah tak sabar ea,”Aku dipeluknya dari belakang sejurus selepas pintu ditutup.Suaranya dekat kurasakan di tepi telingaku.

“Abang janganlah,ni semua Abang punya pasal tau,Rin juga yang kena,”rungutku manja.

“Ouh marah Abang lah ni..hmm sayang marah abang ye,”suaranya hampir tidak kedengaran bila ku rasakan bibirnya merayap disegenap leherku.

Perlahan-lahan aku dibawa ke katil.Keasyikan sentuhannya membuat aku lupa yang aku mungkin akan menjadi bahan usikan lagi sebentar nanti.

“Sayang,terima kasih kerana masih setia”, ucapnya sambil menyambung dengan sepotong doa “Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlakh aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau kurniakan kepada kami”


Ya Allah moga kebahagiaan ini abadi milik kami.Andai ini harganya sebuah pengorbanan ,aku sudah rasai manisnya kehidupan.

Biarkan dirinya pergi
                                                Andai satu hari dia kembali
                                                Yakinlah dia pasti milikmu


cubaan pertama yang diperam sekian lama.

No comments: