Tuesday, January 29, 2013

debar



credit to google


debar hatiku...membisik rindu..lalala~
haipp
ni bukan debar tu
ni debar yang lagi mendebarkan
pernah tak mengalami simptom-simptom seperti berikut...
makan tak berlauk
minum tak bergelas
mandi tak bergayung
tidur tak bertilam
pernah??
sahlah debar kita sama
debar menanti result punya pasal

penat berdebar hari ini
rupanya result postponed keesokan hari.heh
dah cik debar,kita sambung esok pula ye

walau apapun gaya resultnya
terimalah dengan hati terbuka
banyak itu yang kau usaha
itulah yang kau dapat
tak payah nak demand sangatlah derr
okei!sila REDHA

Sunday, January 27, 2013

jazakallah

 
 
credit to google

kerana tegas itu..
aku terdidik agar tidak berlebihan,
dalam soal hati dan perasaan.
aku terdorong punya hati yang tidak rapuh,
agar tabah menjalani waktu yang panjang,
dalam sebuah penantian.

kerana malu itu..
aku diajar agar belajar merahsiakan,
saat rindu bertamu tanpa diundang,
sangat tidak perlu untuk diungkapkan,
kerana jurang itu masih dalam,
jarak itu masih jauh,
masa itu masih belum tiba,
bila halal itu masih tiada.

kerana setia itu..
aku terlatih memohon pengharapan,
agar hati memegang utuh sebaris nama,
walau ujian datang berbagai rupa,
walau dijarakkan beribu batu jauhnya,
andai telah tertulis,
tiada siapa mampu memadamnya,
usahlah resah menghadapi sebuah ketentuan~

jazakallah ciptaan Ilahi
moga akan terus sentiasa disitu
 
 

sehaluan tapi tak seiringan

 
credit to google

suatu detik dulu...
langkah kita seiringan 
senada dalam keriangan
seirama dalam tangisan

 
tapi saat ini...
takdir menjarakkan kita
walau tidak terpisah benua
tapi jurangnya tetap ku rasa

sungguh aku rindu...
setiap saat yang telah berlalu
walau kadang fikiran tak sebulu
kita masih mampu menjadi satu

wahai kau temanku...
ini pesanku
luahanku
hasratku
harapanku...
walau tak seiringan
tapi kita masih sehaluan~

please..keep our memories deep in your heart
may Allah bless wherever,whatever you do...dear friends~

anugerah terindah

 
 

terasa manis bila bijak mengawalnya
bertukar pahit andai tersalah aturannya

rasa ini amanah dari Allah
bukan sebagai pemuas nafsumu
tapi pengikat hati kau dan aku
dalam satu ikatan yang maha kudus

yang dipanggil cinta itu
terasa indah dalam lafaz
tapi sukar dalam tindakan

cinta perlukan pengorbanan
dalam mengukur tulusnya rasa itu
ikhlaskah ia bertamu
membezakan dengan nafsu

aku punya harapan
rasa ini dibimbing tuhan
agar sentiasa di atas jalan
menuju keredhaan.
 
 
 

aku bukan solehah

 
solehah itu bukan sekadar nama,
bukan hanya panggilan,
tapi seribu satu makna ,
yang menjadi dambaan,
si soleh di luar sana.

solehah itu  tinggi nilainya,
dijulang martabatnya,
mahal maharnya,
di sisi agama.

solehah itu payah di gapai,
andai hati tidak ingin,
sukar di capai,
andai jiwa tetap dingin,
hanya dengan mujahadah, 
hanya dengan istiqomah,
solehah benar menjadi milikmu.

aku bukan solehah,
kerana aku bernama nabilah,
tapi aku mahu menjadi solehah,
ingin menjadi solehah,
dan masih bertatih menjadi seorang solehah,
yang disanjung agama,
yang menjadi sebutan di langit sana.

bantu aku sahabat,
tolong aku teman,
nasihati aku kawan,
agar aku sentiasa dalam usaha menjadi solehah,
juga beriringan langkah denganmu,
mencari erti solehah,
yang masih samar dalam bayangan sendiri.


kurangkan agenda mencari si soleh
tapi gandakan usaha menjadi solehah
usah risau kerana janji Allah itu pasti...

"perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik
dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

wallahua'lam

di batas waktu

credit to google
 
 
kerana aku mengerti
kerana aku memahami
kerana aku merasai
aku menanti di batas waktu ini

kerana aku masih percaya
kerana aku masih setia
kerana aku masih bisa..
bertahan tanpa kata
aku masih menanti di batas waktu ini

 
dan kerana batas waktu
yang berlalu tanpa pamit
diri menjadi perindu sepi
nafsi menjadi penunggu sunyi
kabar seberang walau secoret

dan kerana batas waktu
aku tegar berdiri
aku tetap sendiri
menuntut janji..
jauh di dasar hati
 
 

sang setia

 
walau jauh di mata
walau tanpa kabar berita
walau jarak memisahkan kita
ku mohon..
cubalah untuk setia

walau lama tak bersua
walau kadang ragu menerpa
walau sesekali cemburu berkata
ku mohon...
belajarlah untuk setia

walau jalan tak seiringan
walau arah tak sehaluan
ku mohon...
jadilah sang setia

kerana rindu seorang perindu
hanya layak buat sang setia~


 

hanya...

ihsan pakcik google


hanya jauhari mengenal manikam,
hanya yang tahu akan faham,
hanya yang rasa boleh nikmati,
hanya yang lihat akan mengerti,
bukan dengan mata kanan kiri,
tapi dengan si mata hati,
bertemankan suluhan sinar kasih Ilahi~

yang tersirat


credit to google


saat senyum mekar menghias bibir
belum tentu hatinya juga seiring rasa
saat tawa menyapa telinga
belum tentu kalbunya senang gembira

kadang senyum itu
 bisa menjadi pelindung
pada sebuah kedukaan
agar ia tersimpan kukuh 
menjadi rahsia antara diri

kadang tawa itu 
boleh dijadikan penawar
pada kepahitan sebuah perjalanan 
yang diwarnai dengan ujian
bersilih ganti dengan hitam putih kehidupan

biarlah yang tersirat itu
terus terpendam dengan izinNya
kerana luahanku tak bermakna
andai tersalah memilih pendengarnya
lalu sentiasa aku percaya
pendengar yang setia hanyalah Dia
yang berada diatas sana
penguasa dunia dan segala isinya
~
 

taaruf menyingkir sangkaan


credit to google


bila salam perkenalan dihulur
taaruf pun bermula diiring canda
gelak tawa manis muka
menghidupkan suasana eratan ukhuwah

namun kadang kita terlupa
takat mana kenalnya kita dengan si sahabat
adakah setiap inci dirinya telah kita fahami
atau sekadar luaran saja kau perhalusi

jangan bilang itu tidak perlu
kerana taaruf bisa menyelamatkan ukhuwah
bila prasangka datang menyinggah
kita sudah kenal benar siapa dia
lalu sangkaan yang tidak enak berlalu begitu saja
dapat disingkir bersama angin yang menghembus
dan terselamatlah ukhuwah dengan sebuah taaruf
taaruf dari hati ke hati
bukan sekadar kulit ke kulit
atau senyum yang berat terukir
juga ikhlas yang kabur sinarnya

bertaaruflah.
dalam semua keadaan.baik sahabat dengan sahabat.bakal suami dengan isteri.majikan dan pekerja.dan lain-lain.Islam sudah meletakkan garis panduan.Jadi ikutilah dengan berlapang dada.Yang pasti ada hikmahnya di sebalik suruhan.insyaAllah suudzon dapat dielakkan.
wallahua'lam.
 

kala bumi disimbah darah


 credit to google

saat hujan di sini membasahi bumi
disana juga lebat melanda
petir bom juga hujan peluru
merobek melulu lantaran tidak bermata
lalu bumi itu dibanjiri darah merah
mengalir dari jasad yang tidak berdosa
mangsa si keparat yang kejam durjana!

tika disini anak-anak riang gembira
disana si kecil meratap hiba
walau usia masih muda
mereka tahu kini sudah tidak ada sesiapa
bila peluru rakus mencari mangsa
tanpa segan silu berlaku kejam di depan mereka
meragut ayahanda, bonda keluarga tercinta

kala tidur nyenyak di pembaringan
disana hidup dalam ketakutan
siang malam sudah tiada beza
bila suasana terancam setiap masa
tiada lagi tangis mampu dilagukan
kerana kehilangan melanda berturutan

hanya  pada Yang Maha Berkuasa digantung harapan
agar bumi berdarah kembali aman
agar hidup kacau kembali tenteram
agar iman dan taqwa semakin mantap
agar musibah mengajar erti tabah dan cekal
kerana mereka insan terpilih
menanggung ujian maha hebat
mengidam syahid tanpa gentar

wahai yang disini
jangan biar disana terus ditindas
kerana kita bersaudara seakidah seagama
walau jarak jauh memisah
walau bahasa tak selidah
kita tetap bertuhankan DIA yang hanya layak disembah
sumbangkan kepada mereka wahai makhluk pemurah
titipkan doa buat mereka saban hari tiap detik
biar lidah kebas memohon dari kaku tak peduli
ingatlah mereka dalam setiap potongan doa kita
tiada henti hingga kemenangan mutlak milik mereka
dan aku mohon...
jangan biar doa kita bermusim~

wallahua'lam


liku sebuah persahabatan


credit to google



sahabat,
sungguh sayang itu sentiasa milikmu
tapi aku hanya insan biasa
yang lahir bersama sekeping hati
kadang mampu terluka bila ditoreh
mampu juga terhiris bila dirobek
bila percaya dibalas khianat
bila tulus dibalas iri
didepan senyum meleret
dibelakang ditujah dengan belati fitnah
lalu aku mengumpul soalan bersama sendu
bernilaikah persahabatan ini di matamu
bila terlihat segalanya keindahan yang palsu

sahabat,
kerana aku insan biasa
sayang ini sukar untuk dikikis
kenangan itu sering menujah minda
rindu itu selalu berlabuh
dan aku sendiri
mengutip serpihan memori
yang ku harap akan kembali dan berulang lagi

sahabat,
aku ingin mengingatkan
mungkin saja kau terlupa
ikhlas dan jujur lah kunci persahabatan yang luhur
bukan disulami dengan kepura-puraan
jangan pernah punya dua muka
kerana itu tidak sejahtera untuk persahabatan kita

sahabat,
aku ingin berpesan
andai mahu mencari sempurna
nyata bukan akulah orangnya
kerana aku punya banyak cela
yang kadang terselindung di balik deria
hari ini mungkin kau bisa memejam mata
menerima segalanya
namun esok tak menjanjikan yang sama

kerana itu sahabat,
andai mahu bersahabat
terima baik buruknya
cantik hodohnya
pandai kurang cerdiknya
dengan ikhlas memenuhi jiwa
biar satu detik ukhuwah kita terduga
kita tidak goyah mempertahankannya
tidak lelah membelanya
kerana ikhlas itu penguatnya

doa aku sahabat,
andai ukhuwah ini tulus ertinya
biar DIA yang mengembalikan sinarnya
kerana aku sudah terlalu mengah
menahan dari derasnya arus keegoaan
tapi nyata aku hanya bersendirian
walau sejujurnya aku ingin kita seperti dulu
saat indah melatari waktu
tapi aku gentar andai ketawa kita bersama
tapi bersendirian saat tangis dan duka

rindu aku sahabat
kekal seperti dulu
sayang aku sahabat
masih tetap disitu.
wallahua'lam~

mujarabnya penawar itu


credit to google


dunia ini kadang merunsingkan
kadang juga melelahkan
sering juga melukakan
lalu dimana penawar mujarab
buat penyembuh segala rasa tidak enak ini...

aku punya satu jawapan
yang ku kira akan dibalas anggukan oleh kalian
andai kita punya rasa yang sama
andai kita berbuat perkara yang serupa

di satu masa
resah yang datang akan terpinggir
lelah yang datang terus terusir
dunia pun lantas meminggir
bila hati sedang  bicara dengan pemilikNya
sedang mengadu dengan DIA yang Esa
ya!saat itu...
saat dahimu bertemu sejadah
saat seluruh anggota tunduk menyembah
dan jiwa kering terasa disimbah
hati nan sekeping tiada lagi gundah
bila kalam Allah basah di lidah

wallahua'lam~

terasing


 credit to google


ada gelap dalam cerah
ada sepi dalam riuh rendah
ada duka dalam ketawa
ada sendu dalam riang ria
ada pahit dalam manis
ada hitam dalam warna-warni
ada...
benar benar ada
bukan mengasingkan
tapi terasing
bukan hati saja berkata
malah seluruh anggota mengia
lalu jiwa tersedar
terasing di tempat sendiri
terasing di dunia sendiri
terasing di khalayak sendiri