Sunday, January 27, 2013

di batas waktu

credit to google
 
 
kerana aku mengerti
kerana aku memahami
kerana aku merasai
aku menanti di batas waktu ini

kerana aku masih percaya
kerana aku masih setia
kerana aku masih bisa..
bertahan tanpa kata
aku masih menanti di batas waktu ini

 
dan kerana batas waktu
yang berlalu tanpa pamit
diri menjadi perindu sepi
nafsi menjadi penunggu sunyi
kabar seberang walau secoret

dan kerana batas waktu
aku tegar berdiri
aku tetap sendiri
menuntut janji..
jauh di dasar hati
 
 

No comments: