credit to google
saat hujan di sini membasahi bumi
disana juga lebat melanda
petir bom juga hujan peluru
merobek melulu lantaran tidak bermata
lalu bumi itu dibanjiri darah merah
mengalir dari jasad yang tidak berdosa
mangsa si keparat yang kejam durjana!
tika disini anak-anak riang gembira
disana si kecil meratap hiba
walau usia masih muda
mereka tahu kini sudah tidak ada sesiapa
bila peluru rakus mencari mangsa
tanpa segan silu berlaku kejam di depan mereka
meragut ayahanda, bonda keluarga tercinta
kala tidur nyenyak di pembaringan
disana hidup dalam ketakutan
siang malam sudah tiada beza
bila suasana terancam setiap masa
tiada lagi tangis mampu dilagukan
kerana kehilangan melanda berturutan
hanya pada Yang Maha Berkuasa digantung harapan
agar bumi berdarah kembali aman
agar hidup kacau kembali tenteram
agar iman dan taqwa semakin mantap
agar musibah mengajar erti tabah dan cekal
kerana mereka insan terpilih
menanggung ujian maha hebat
mengidam syahid tanpa gentar
wahai yang disini
jangan biar disana terus ditindas
kerana kita bersaudara seakidah seagama
walau jarak jauh memisah
walau bahasa tak selidah
kita tetap bertuhankan DIA yang hanya layak disembah
sumbangkan kepada mereka wahai makhluk pemurah
titipkan doa buat mereka saban hari tiap detik
biar lidah kebas memohon dari kaku tak peduli
ingatlah mereka dalam setiap potongan doa kita
tiada henti hingga kemenangan mutlak milik mereka
dan aku mohon...
jangan biar doa kita bermusim~
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment