Tuesday, September 30, 2014

You Are The One



no word can describe it but I wanna promise that 
you are the one ^_<


Saturday, June 21, 2014

dunia baru


selamat datang ke dunia mu yang baru cik anim. dua hari saja lagi bakal memulakan tugas sebagai guru praktikal @ kaunselor pelatih. oh ya Allah debaran apakah ini. rojak sungguh dah perasaan aku sekarang ni. yang penting nervous menguasai lah. senior kata itu adat, lama lama rasa syokla. erkk yeke kakkkk. hakak jangan bagi harapan palsu kat sy.haha.

isnin ni insyaAllah akan melapor diri di SMK Darul Ehsan, Selayang yang selama ini aku tak ingat nama sekolahnya , dok ingat smk darul iman. sampai tanya kat lecturer.. 

-madam, sekolah darul iman ok tak? 
+darul iman ke darul ehsan?
-darul iman madam *dengan konfidennya
+tak ada pulak nama sekolah darul iman sepanjang sy jadi supervisor ni

ha ha ha.sori madam terlebih konfiden pulak.

so aku praktikal selama 7 minggu mula 23 jun sampai 15 ogos. warga SMK Darul Ehsan mohon terima insan baru belajar ini.jangan buli saya, saya janji akan behave saja. arghhh mak tak tahu dah nak tulis apa nok.mak nebes yang amat ni. 

moga semua baik baik saja. moga jalan tak bersimpang siur, berliku liku.sikit sikit tapela kasi adventure sikit.jangan sampai aku meraung sudah. moga dapat kukutip seberapa banyak pengalaman dan ilmu untuk menjadi bekalan berharga di masa akan datang. 

doakan plissss!

errr paham tak bila nervous bercampur dengan excited? paham tak macamane? tak paham? aku pun sama -.-

kalau aku rajin ada la coretan pengalaman 7minggu kat sini. kalau aku rajin kehkeh.

okei mahu beredar. nak sambung balik menggigil tepi katil. wish me luck!





Tuesday, June 10, 2014

ombak


ihsan google

ganas ombak rindu itu memukul jiwa
tanpa peduli pantai hati yang memang setia
menunggu khabaran dari bayu takdir yang bertiup
mungkinkah ada titipan untuk dihirup
buat penenang rasa si dahaga
lantaran banyak meneguk prasangka
hasil nukilan syaitan durjana
yang sentiasa menghadirkan taufan tak kira masa

namun ombak itu ada pasang surutnya
mujur sekali tidak terus menggila
kerana peritnya dilambung dihempas 
tiada ihsan tiada belas

wahai ombak
terima kasih kerana datang
terima kasih juga kerana pergi
dan aku yakin kau pasti kembali
kerana rasa ini tidak pernah mati
sejak dulu lagi
pinjaman dari Ilahi
 ...
sejujurnya
aku rela dilambung dihempas ombak itu
yang aku panggil ombak rindu.



Sunday, June 8, 2014

antara dua indah


ihsan gugel

biarkanlah keindahan sementara itu berlalu pergi 
demi menjemput keindahan abadi
kerana sementara itu hanya sebentar cuma
tapi yang abadi itu pasti sejati






Monday, June 2, 2014

bicara yang bisu


dan lembaran ku buka
mencoret episod baru kehidupan 
disini saja tangan bebas menari
disini saja jeritan hati didengari
disini saja lesu fikiran segar kembali

kerana aku pernah bicara
aku pernah meluah rasa
aku pernah berkongsi cerita
malangnya pendengaran tidak sama
lalu maksud tak telus semua
malah diolah mengikut cita rasanya

aku juga pernah terkena
dilibas fitnah manusia
pedihnya buat meraung dalam sunyi
sakitnya buat aku tempang berdiri
luka itu
ku serah pada masa yang pantas berlalu
moga penawar itu mujarab tanpa sendu

dan dari rentetan itu
aku lebih senang sendiri
berkongsi diruang kosong
ditemani bicara bisu
lelah sudah berkata
letih sudah menghurai
namun nyata telinga kita tidak sama
mata kita tidak serupa
apatah lagi hati yang menafsir makna

...

kuasa bukan ditangan kita
mahu memahamkan manusia
dengan makna yang serupa
pendengar yang baik hanya DIA
pendengar yang setia juga hanya DIA
jangan kau sandarkan pada manusia
nanti kecewa saja kau rasa
teruskanlah berbicara
walau bisu tanpa suara
kerana Pendengarnya sentiasa ada.



Sunday, May 18, 2014

"surat cinta" buat perokok



jujurnya. dah beberapa kali entri bertajukkan tajuk ini tertahan dari dipostkan. sebab kononnya nak menjaga hati para perokok di luar sana. tapi bila dah tak terkira berapa kali jadi mangsa golongan ni aku dengan bersemangatnya terus nak menaip meluah segunung rasa ketidakpuashatian kepada mereka.

kalau anda seorang perokok, mohonlah membaca dengan fikiran terbuka, besarkan mata, lapangkan hati. kalau rasa tak nak buat semua tu, sila tekan x kat atas tu. dan babai.

sebenarnya aku sangat tak faham dengan perokok ni. ouh lupa nak highlightkan. perokok yang merokok di depan khalayak ramai, di tempat awam (entri ni untuk kalian). takkan tak ada sekelumit rasa bersalah pun kat orang sekeliling korang yang sedang riang menghirup udara segar kurniaan Allah tiba-tiba datang pulak asap berkepul-kepul hasil dari semburan korang tu. pleaselah. berhati perut limpa jantunglah sikit. dunia ni bukan ada korang je tau. mohon sedar. kita kongsi udara yang sama. jadi boleh tak bagi hak kami. hak mendapatkan udara yang segar bugar lagi menyihatkan minda dan tubuh badan. \

dalam bulan ni saja aku dah terkena empat kali. semuanya di tempat yang sama. masa makan di restoran. Ya Allah tolonglah mengerti wahai manusia yang berhati kurniaan Ilahi. orang nak makan pun boleh tersedak tetiba datang asap dari mana entah dok mengganggu konsentrasi orang makan. hilang terus selera. lenguh tangan dok mengipas konon nak bagi hint lah, sekali dia buat dek je. punyalah besar terpampang dilarang merokok kat tempat tu. dua kesimpulan je aku boleh fikir time tu. dia tak perasan mungkin atau dia tak tahu membaca dan mengeja. mungkin. titik. 

aku tak kisah kalau jenis yang tak tahu hargai hidup yang sedia pendek ni, sebab korang kata kubur masing masing, ye dak.. tapi tolonglah jangan libatkan orang lain sama. cuba merokok dekat tempat tak ada orang. hanya kalian, rokok dan asap sahaja. yang hisap korang, yang sedut pun korang. baru adil lagi saksama. kalau gian sangat nak merokok dekat depan khalayak, carilah inisiatif apa sekalipun asalkan jangan bagi asap tu bercampur dengan udara yang orang lain nak hirup. boleh? tu pasal aku selalu terfikir perokok ni kena masuk kelas moral. belajar macam mana cara nak menghormati orang lain. tak mengambil hak orang lain. dia seronok hisap orang lain yang kena sedut asap asap tu. rasa nak bagi topi keledar yang bercermin penuh biar dia rasa apa orang sekeliling rasa.

buat keluarga, kenalan, isteri, suami, anak, adik, abang, kakak kepada perokok, nasihatkanlah. hidup ni teramatlah singkat untuk kita membuat perkara yang sia sia. jangan sampai kita jadi pembunuh dalam senyap. dan salah satu usaha lain kita, doakanlah. moga mereka berubah dan sedar. masih belum terlambat. jadi manusia, jadilah manusia yang bermanfaat.

"Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain"
(Hadis riwayat Thabrani dan Daruqthni)

hadis ini disahihkan oleh al Albani di dalam "ash Shahihah" nya:
Dari Ibnu Umar bahawa seorang lelaki mendatangi Rasulullah S.A.W. dan bertanya, "wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling dicintai Allah? dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?" Rasulullah menjawab, Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan ke dalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi hutang atau menghilangkan kelaparan..."




maaf terkasar bahasa tersilap bicara.aku hanya meluah rasa.
wallahua'lam.





Sunday, February 2, 2014

cinta dan air mata

pagi pagi buta ni ada seorang sahabat berkongsi cerita. cerita patah hati. cerita cinta tak kesampaian. cerita cinta dan air mata.

aku yang mendengar tergamam. terus terbayang seandainya aku berada di tempat dia. ya Allah,moga diberikan ketabahan berlipat kali ganda.

cinta tak kesampaian. wajiblah sedih. kehilangan. pasti akan rasa kehilangan. apatah lagi bila sebelumnya kita sudah beria-ia menganyam angan-angan, memintal harapan untuk sehidup semati. tapi apapun impian yang cuba kita bina dan berusaha memaknainya, jangan lupa kita hanya manusia biasa.kita hanya ada asa, tapi yang punya kuasa hanya DIA.

jodoh itu rahsia Allah. hanya DIA yang tahu siapa, bila, dimana dan bagaimana kita bertemu jodoh kita. dan bila Allah meminjamkan rasa yang bila -bila sahaja boleh diambil kembali itu, hendaklah kita sebagai peminjam menyedari hakikat seorang peminjam. bersederhanalah. jangan sampai masa rasa itu ditarik pergi,menghilang dari diri, kita sasau tak henti-henti.

suka aku meminjam kata-kata entah siapa, "mencintai tak bermakna memiliki". kerana itu dari awal lagi kita harus bersedia dengan segala kemungkinan. kerana skrip takdir bukan di tangan kita, tapi ditangan Pencipta.

sekali lagi. bersederhanalah. biar nanti suatu ketika takdir tak memihak padamu, kau tidak akan tersembam menyembah bumi, kerana tongkatmu sudah terlalu utuh untuk menahan rebahnya sebuah kekecewaan.

buat sahabat,
aku memahami taufan dihatimu
namun jangan biarkan ia terus mengganas menggoyahkan prinsipmu
Allah sedang berbicara denganmu
Allah sedang menyusun yang lebih baik untukmu
mana perginya keyakinanmu, sahabat.
bersedih jangan sampai diri dizalimi
menyesal jangan sampai takdir disalahi
saat kau diuji begini
jangan terus terduduk lumpuh
bukankah kesulitan itu datangnya bersama kemudahan
lalu mengapa yang sulit itu terlalu memegunmu
sehingga kau melupakan si mudah yang juga kiriman dari Tuhan
jangan tertipu dengan ujian
ujian itu untuk menguatkan bukan melemahkan.

be strong, sahabat.
wallahua'lam.



Wednesday, January 29, 2014

banyak


banyak perkataan ingin aku perkatakan
banyak ayat ingin aku karangkan
banyak cerita ingin aku sampaikan
banyak persoalan ingin aku tanyakan
banyak kemahuan ingin aku utarakan
banyak pertemuan ingin aku aturkan
namun seperti hari sebelumnya
tetap tidak berganjak dari tempatnya
bukan tidak mahu
tapi tak mampu
bukan tidak mahu
tapi masih belum waktu
batas tetap disitu
menjadi pemisah kukuh antara kau dan aku


#1


seriously,
I miss your words,
Mr Counselor.

take care

Monday, January 20, 2014

I hate farewell!

apasal kabur je laptop ni. tepis-tepis air mata. oh baru terang jelas dan nyata.

hari ni tiba juga.hari yang paling aku tak suka dalam hidup ni. I hate farewell. I hate it too much. But sometimes we should face it either we like it or not. 

masa balong (abang aku) dapat tau seminggu yang lalu dia kena posting ke Sabah, kami sekeluarga dah dapat agak. cuma masih berharap keajaiban berlaku. tapi nyata keajaiban bukan milik kami bila officially, he really should go there. 

baru beberapa minit dia pergi, aku sudah terasa kehilangan. aku pasti rindu! ya aku sedang rindu. dia yang kuat mengusik. dia yang kuat mengarah. dia yang kuat membahan. dia yang kuat membebel.dia yang kuat mencubit. segala baik buruknya. dialah satu satunya abang yang Allah beri pinjam.

banyak cerita yang hendak aku coretkan, tapi kabus dimata tak mengizinkan. hujan air mata makin lebat.sikit lagi nak banjir. Ya Tuhan.jagakan dia.Abangku yang satu itu. Peliharalah dirinya dan bantu dia menjaga imannya, ya Allah. bantu dia menjalankan amanahnya. sebagai seorang pendidik untuk anak anak disana.
redhai dia.berkati setiap derap langkahnya. ameen.

be a good teacher, bro. and I know you are. I'll always keep you in my dua. walaupun tak rela aku lepaskan juga. ada yang lebih memerlukan kamu disana.

Aku percaya ada hikmah. 

2014 tahun berjauhan barangkali. lepas ni my younger brother pulak. yeah. I hate this atmosphere. Tiba tiba rindu zaman kanak kanak dulu, yang selalu bersama dan tak pernah berpisah. But now we grow up and this is reality that we should through it.

Moga semuanya baik baik saja.

dan sekarang.macam mana nak hentikan hujan ni. patut balong selalu cakap awak ciwek. yes you should admit it because you are. huh.


"goodbye are not forever
goodbye are not the end
they simply mean I will miss you
until we meet again"
-quote-





Wednesday, January 1, 2014

bagai dingin salju

sekuat manapun hati bertahan
satu saat lelah juga dalam penantian
setinggi mana membina bentengan
satu ketika lemas juga dalam amukan
amukan rasa yang tak diundang
seringkali muncul tanpa isyarat bertandang

kadang ingin aku jeritkan pada dunia
derita rasa yang menikam jiwa
siapa yang peduli tikaman di hati
kerana yang rasa nyilu hanya aku sendiri

namun segera hati lalai dikejutkan
dengan rentetan peristiwa yang aku yakin bukan kebetulan
tapi semuanya petunjuk dari Tuhan 
buat penguat hati yang makin kelelahan
pengubat buat diri yang semakin tergugat pendirian

takdirMu Tuhan
sedingin salju yang mengembalikan
ketenangan dalam penantian
yang mungkin saja masih panjang
namun aku yakin pasti ada pengakhiran
akan sampai juga ke penghujung jalan
lalu aku memohon kesabaran
agar setia menemani perjalanan
sesetia diri menanti hambaMu Tuhan.

biar pahit payau ini
menjadi bukti mujahadah kami
segalanya akan sanggupku telan
demi mencari cahaya keredhaan
teruskan mengirim hikmah dalam takdirMu
agar dingin salju itu sentiasa menguatkan aku
juga hambaMu itu.