Monday, June 2, 2014

bicara yang bisu


dan lembaran ku buka
mencoret episod baru kehidupan 
disini saja tangan bebas menari
disini saja jeritan hati didengari
disini saja lesu fikiran segar kembali

kerana aku pernah bicara
aku pernah meluah rasa
aku pernah berkongsi cerita
malangnya pendengaran tidak sama
lalu maksud tak telus semua
malah diolah mengikut cita rasanya

aku juga pernah terkena
dilibas fitnah manusia
pedihnya buat meraung dalam sunyi
sakitnya buat aku tempang berdiri
luka itu
ku serah pada masa yang pantas berlalu
moga penawar itu mujarab tanpa sendu

dan dari rentetan itu
aku lebih senang sendiri
berkongsi diruang kosong
ditemani bicara bisu
lelah sudah berkata
letih sudah menghurai
namun nyata telinga kita tidak sama
mata kita tidak serupa
apatah lagi hati yang menafsir makna

...

kuasa bukan ditangan kita
mahu memahamkan manusia
dengan makna yang serupa
pendengar yang baik hanya DIA
pendengar yang setia juga hanya DIA
jangan kau sandarkan pada manusia
nanti kecewa saja kau rasa
teruskanlah berbicara
walau bisu tanpa suara
kerana Pendengarnya sentiasa ada.



No comments: