selamat datang ke dunia mu yang baru cik anim. dua hari saja lagi bakal memulakan tugas sebagai guru praktikal @ kaunselor pelatih. oh ya Allah debaran apakah ini. rojak sungguh dah perasaan aku sekarang ni. yang penting nervous menguasai lah. senior kata itu adat, lama lama rasa syokla. erkk yeke kakkkk. hakak jangan bagi harapan palsu kat sy.haha.
isnin ni insyaAllah akan melapor diri di SMK Darul Ehsan, Selayang yang selama ini aku tak ingat nama sekolahnya , dok ingat smk darul iman. sampai tanya kat lecturer..
-madam, sekolah darul iman ok tak?
+darul iman ke darul ehsan?
-darul iman madam *dengan konfidennya
+tak ada pulak nama sekolah darul iman sepanjang sy jadi supervisor ni
ha ha ha.sori madam terlebih konfiden pulak.
so aku praktikal selama 7 minggu mula 23 jun sampai 15 ogos. warga SMK Darul Ehsan mohon terima insan baru belajar ini.jangan buli saya, saya janji akan behave saja. arghhh mak tak tahu dah nak tulis apa nok.mak nebes yang amat ni.
moga semua baik baik saja. moga jalan tak bersimpang siur, berliku liku.sikit sikit tapela kasi adventure sikit.jangan sampai aku meraung sudah. moga dapat kukutip seberapa banyak pengalaman dan ilmu untuk menjadi bekalan berharga di masa akan datang.
doakan plissss!
errr paham tak bila nervous bercampur dengan excited? paham tak macamane? tak paham? aku pun sama -.-
kalau aku rajin ada la coretan pengalaman 7minggu kat sini. kalau aku rajin kehkeh.
okei mahu beredar. nak sambung balik menggigil tepi katil. wish me luck!
No comments:
Post a Comment