ihsan google
tanpa peduli pantai hati yang memang setia
menunggu khabaran dari bayu takdir yang bertiup
mungkinkah ada titipan untuk dihirup
buat penenang rasa si dahaga
lantaran banyak meneguk prasangka
hasil nukilan syaitan durjana
yang sentiasa menghadirkan taufan tak kira masa
namun ombak itu ada pasang surutnya
mujur sekali tidak terus menggila
kerana peritnya dilambung dihempas
tiada ihsan tiada belas
wahai ombak
terima kasih kerana datang
terima kasih juga kerana pergi
dan aku yakin kau pasti kembali
kerana rasa ini tidak pernah mati
sejak dulu lagi
pinjaman dari Ilahi
...
sejujurnya
aku rela dilambung dihempas ombak itu
yang aku panggil ombak rindu.
No comments:
Post a Comment