Saturday, June 21, 2014

dunia baru


selamat datang ke dunia mu yang baru cik anim. dua hari saja lagi bakal memulakan tugas sebagai guru praktikal @ kaunselor pelatih. oh ya Allah debaran apakah ini. rojak sungguh dah perasaan aku sekarang ni. yang penting nervous menguasai lah. senior kata itu adat, lama lama rasa syokla. erkk yeke kakkkk. hakak jangan bagi harapan palsu kat sy.haha.

isnin ni insyaAllah akan melapor diri di SMK Darul Ehsan, Selayang yang selama ini aku tak ingat nama sekolahnya , dok ingat smk darul iman. sampai tanya kat lecturer.. 

-madam, sekolah darul iman ok tak? 
+darul iman ke darul ehsan?
-darul iman madam *dengan konfidennya
+tak ada pulak nama sekolah darul iman sepanjang sy jadi supervisor ni

ha ha ha.sori madam terlebih konfiden pulak.

so aku praktikal selama 7 minggu mula 23 jun sampai 15 ogos. warga SMK Darul Ehsan mohon terima insan baru belajar ini.jangan buli saya, saya janji akan behave saja. arghhh mak tak tahu dah nak tulis apa nok.mak nebes yang amat ni. 

moga semua baik baik saja. moga jalan tak bersimpang siur, berliku liku.sikit sikit tapela kasi adventure sikit.jangan sampai aku meraung sudah. moga dapat kukutip seberapa banyak pengalaman dan ilmu untuk menjadi bekalan berharga di masa akan datang. 

doakan plissss!

errr paham tak bila nervous bercampur dengan excited? paham tak macamane? tak paham? aku pun sama -.-

kalau aku rajin ada la coretan pengalaman 7minggu kat sini. kalau aku rajin kehkeh.

okei mahu beredar. nak sambung balik menggigil tepi katil. wish me luck!





Tuesday, June 10, 2014

ombak


ihsan google

ganas ombak rindu itu memukul jiwa
tanpa peduli pantai hati yang memang setia
menunggu khabaran dari bayu takdir yang bertiup
mungkinkah ada titipan untuk dihirup
buat penenang rasa si dahaga
lantaran banyak meneguk prasangka
hasil nukilan syaitan durjana
yang sentiasa menghadirkan taufan tak kira masa

namun ombak itu ada pasang surutnya
mujur sekali tidak terus menggila
kerana peritnya dilambung dihempas 
tiada ihsan tiada belas

wahai ombak
terima kasih kerana datang
terima kasih juga kerana pergi
dan aku yakin kau pasti kembali
kerana rasa ini tidak pernah mati
sejak dulu lagi
pinjaman dari Ilahi
 ...
sejujurnya
aku rela dilambung dihempas ombak itu
yang aku panggil ombak rindu.



Sunday, June 8, 2014

antara dua indah


ihsan gugel

biarkanlah keindahan sementara itu berlalu pergi 
demi menjemput keindahan abadi
kerana sementara itu hanya sebentar cuma
tapi yang abadi itu pasti sejati






Monday, June 2, 2014

bicara yang bisu


dan lembaran ku buka
mencoret episod baru kehidupan 
disini saja tangan bebas menari
disini saja jeritan hati didengari
disini saja lesu fikiran segar kembali

kerana aku pernah bicara
aku pernah meluah rasa
aku pernah berkongsi cerita
malangnya pendengaran tidak sama
lalu maksud tak telus semua
malah diolah mengikut cita rasanya

aku juga pernah terkena
dilibas fitnah manusia
pedihnya buat meraung dalam sunyi
sakitnya buat aku tempang berdiri
luka itu
ku serah pada masa yang pantas berlalu
moga penawar itu mujarab tanpa sendu

dan dari rentetan itu
aku lebih senang sendiri
berkongsi diruang kosong
ditemani bicara bisu
lelah sudah berkata
letih sudah menghurai
namun nyata telinga kita tidak sama
mata kita tidak serupa
apatah lagi hati yang menafsir makna

...

kuasa bukan ditangan kita
mahu memahamkan manusia
dengan makna yang serupa
pendengar yang baik hanya DIA
pendengar yang setia juga hanya DIA
jangan kau sandarkan pada manusia
nanti kecewa saja kau rasa
teruskanlah berbicara
walau bisu tanpa suara
kerana Pendengarnya sentiasa ada.