Sunday, January 27, 2013

aku bukan solehah

 
solehah itu bukan sekadar nama,
bukan hanya panggilan,
tapi seribu satu makna ,
yang menjadi dambaan,
si soleh di luar sana.

solehah itu  tinggi nilainya,
dijulang martabatnya,
mahal maharnya,
di sisi agama.

solehah itu payah di gapai,
andai hati tidak ingin,
sukar di capai,
andai jiwa tetap dingin,
hanya dengan mujahadah, 
hanya dengan istiqomah,
solehah benar menjadi milikmu.

aku bukan solehah,
kerana aku bernama nabilah,
tapi aku mahu menjadi solehah,
ingin menjadi solehah,
dan masih bertatih menjadi seorang solehah,
yang disanjung agama,
yang menjadi sebutan di langit sana.

bantu aku sahabat,
tolong aku teman,
nasihati aku kawan,
agar aku sentiasa dalam usaha menjadi solehah,
juga beriringan langkah denganmu,
mencari erti solehah,
yang masih samar dalam bayangan sendiri.


kurangkan agenda mencari si soleh
tapi gandakan usaha menjadi solehah
usah risau kerana janji Allah itu pasti...

"perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik
dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

wallahua'lam

2 comments:

Anonymous said...

aku juga bukan solehah
kerana aku bernama zulaikha:)
moga sama sama kita berjaya menjadi solehah

salam perkenalan-ikha

Unknown said...

salam perkenalan juga cik ikha.lain kali letaklah link sekali boleh anim ziarah balik :)